Jiwa baru.

Salam sejahtera. Bermulanya satu pengembaraan dengan langkah pertama. Tidak logik jika dikatakan suatu pengembaraan bermula di pertengahan jalan, pasti ada permulannya.

Semester baru bakal bermula. Setiap universiti sibuk dengan pelbagai program menyambut pelajar baru. Sebilangan mahasiswa pulang awal ke kampus bagi membantu persiapan pihak universiti menyambut kedatangan pelajar baru. Tahniah kalian !

Semestinya setiap permulaan sesuatu perkara pasti di mulakan dengan segunung harapan dan pelbagai azam. Azam tidak mahu tidur selepas subuh, mahu bersungguh dalam pelajaran, menumpukan perhatian terhadap persatuan, diet dan pelbagai lagi. Ya, setiap kali semester baru, tahun baru mesti perkara jni yang akan kita lalui. Pastikan setiap azam di sertakan dengan usaha. Jadi, doakan saya selamat bersama azam-azam yang di angankan.

Jiwa manusia suatu perkara yang sukar dirungkai. Sejujurnya, saya masih belum mampu mengawal jiwa dan perasaan. Marah tidak kena tempatnya, ketawa sepanjang masa, cemburu buta, bermasam muka, bermuram durja dan segalanya. Ya, perasaan yang pelbagai itulah yang menjadikan manusia seseorang yang istimewa. Maka saya berharap, saya mampu untuk berhadapan dengan sebarang situasi dengan emosi yang sebetulnya. Supaya tiada siapa yang akan bermuncung muka dan mengambil keputusan berdiam sahaja. Ini azam saya. Maafkan saya. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.