sup goreng tertumpah

assalamualaikum.

minggu exam penuh mehnah tribulasi. iman saja penentu kekuatan diri.

2 hari lepas baru habis paper bio dgn phy. macamana? tak payah cerita rasanya. aku rasa kali ni aku tak dpt buat yang terbaik. atas beberapa faktor yang suka jugak lah aku nak hebahkan untuk pengajaran buat semua.


[byk kantoi ma paper!! arhh!!]

1. malas study. tiap malam balik prep terus tido. bajet bangun awal a.. buku tak habes baca lagi, latihan pun tak buat. tuptup.. 5.30 bangun.. kelangkabut...

2. bak kate cikgu Salina - BLACKOUT time jawab kertas. baca tu baca dah.. time nak jawab tu pule die boleh lupa.. memang cantek ahh.. lepas tu merapu saje tanpa henti.. bengang juge kadang-kadang. tapi, APA BOLEH BUAT...

3. salah faham konsep a.k.a Allah tak nak bagi.

Hmm.. bile fikir-fikir balik, rupe-rupenye manusia ni lemah betul kan. nak ingat bnde skit je pun waktu exam tu, tapi hentak-hentak kepala pun tak dapat juge. bila habis peksa, kelua dewan amek buku check it out balik.mulalah "oh..ha'a.. aku nak jwb dah ni tadi.." atau "la..ni ha jawapan die.. senang gaban.. ish..". tapi anda telah terlambat wahai sahabat. mustahil anda mendapat semula paper anda dan menukar jawapan.. isk..isk.. sedih2..

Tu lah aku kate Allah tak nak bagi sebenarnya. Dia hijabkan aqal kite, ilmu kita. Mungkin bukan kerana leka kita ingat padanya atau kerana ibadah kita yang kurang sempurna atau doa kita yang kurang khusyuk tapi mungkin kerana memang die saje nak UJI kita.

Last-last aku tenang juge. Biarlah kita jadi orang yang takkan gelisah dengan apa-apa kecuali kemurkaan Allah. takpelah kalau Allah tak bagi sekarang sebab kalau Allah tak bagi time SPM itu baru BALA. biar kite redha saje ye sahabat. Allahu Rabbi.

Bala' = Ujian yang Allah timpakan ke atas orang yang zalim dan berbuat jahat kerana dosa mereka untuk mengazab mereka
Ibtila' = Ujian Allah yang Allah timpakan ke atas orang yang rapat dengannya, beramal soleh dan baik semata-mata menguji keimanan mereka

Kaffarah = Bencana/masalah yang Allah timpakan kepada orang yang baik tetapi berbuat dosa sebagai penghapusan dosa tersebut

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.