Dilema DQ


Alhamdulillah, saya tergerak lagi untuk menulis. DQ merupakan bumi baru, Allah bukakan untuk saya sepeerti di KISAS dahulu. Tak susah untuk saya sedar ini hidayah daripadanya, jadi mungkin menolak meneruskan pengajian di sana, merupakan perkara terakhir yang saya bakal saya lakukan jika saya betul-betul berani untuk terus tsabat di jalan ini. Jalan yang saya maksudkan bukan jalan-jalan main-main. Bukan angan, bukan cita semata. Tapi ia impian yang dikongsi satu seluruh umat islam seluruh dunia-melihat islam kembali tertegak semula di Bumi AlKhaliq ini.

Saya berbunyi retorik kan bila berbicara begitu? Ya, mungkin selama ini saya sering tak serius dalam menulis tapi DQ cukup mengubah saya. Anda tak percaya? Percayalah..



Gamba ini saya ambil dari Abbas. saya tak pasti samada memang ia DQ atau tidak, tapi saya tak kisah.

DQ ITU CANTIK

Anda pernah ke DQ? Saya tidak. Sehingga saya kali pertama ke sana untuk interview. tempatnya cukup cantik. Tak siapa nafikan. padang yang luas, tasik yang biru, bukit menghijau, panorama biasa di DQ. Sehinggakan saya jadi tak kisah dengan PD, atau Pantai Cahaya Bulan atau Titiwangsa kerana saya sudah lali dengan apa yang saya lihat tetiap hari di DQ. sehinggakan terkadang untuk saya menyedari akan keagungan anugerah Ilahi pada Bumi Barakah ini, perlu saya mengambil masa untuk melihat alam semulajadi di sana semula dan semula dan semula. Dan benar, saya tidak pernah bosan. Lali ya, bosan tidak. Saya rasakan kebesaran itu tiap-tiap kali melihatnya. Apatah lagi dalam proses produksi huffaz, saya perlu katakan, there's nowhere else like DQ.

BUMI KHAZANAH ILMU

Persepsi saya ke DQ semata-mata menghafal cukup melalut. Saya tak pernah menyangka DQ punya kelas aqidah, adab dan feqh. mereka cuma ada. Di perpustakaan buku-buku berselerakan bagai ada bom baru meletup. Ilmu disana seolah-olah Merapi yang tidak pernah puas meluahkan isinya, sehingga saya tidak heran kenapa saya perlu bertemu ramai intelektual yang saya kira sangat hebat kerana mungkin saya belum pernah bejumpa dengan mereka. Waktu petang kami punya kelas Ihya Ulumuddin dan Mafahim, ajaran Syeikh Talba. Malam, Tafaqquh aqidah dan Attibyan. Masa kosong atau kebosanan saya sering isi dengan bacaan buku kerana saya cukup cemburu pada mereka yang punya fikrah yang cukup luas - saya kira kerana sudah hampir beribu buku mereka baca.

DISKUSI ILMIAH

Satu petang saya ke cafe mengikut kawan. katanya ada diskusi ilmiah. saya tak bercadang apa-pa petang itu lalu saya pergi. Saya berkumpul bersama sekumpulan manusia berdiskusi mengenai bagaimana cara menegur pemimpin. Perbahasannya cukup hebat dan saya tak pernah lihat apa-apa budaya seperti ini. Saya lihat ia sebagai suatu usaha yang sangat aplikasi dan efektif. Tak susah mengajak kawan-kawan ke cafe. Ia tempat tumpuan. Bahkan kalau anda rajin membelanja, bayang saja berapa ramai yang anda boleh ajak. yang paling menariknya anda berbincang tentang ILMU!! Dulu saya banyak dengar kes senior-senior yang tolak biasiswa, sayangkan DQ, menangis-menangis kerana menyesal tolak DQ dan saya tidak tahu sebabnya kenapa. Kerana petang itu mata saya terbuka, terbuka luas, bahkan mungkin itulah masa Allah membuka hati saya dan saya sedar inilah 'permata antara kaca' yang mereka maksudkan selama ini. Credit to Abang Marwan, he taught me a lot.

HIDUP MULA JELAS

Saya rasa mungkin saya antara mereka yang lewat menyedari tujuan hidup Islam, memahaminya sebagaimana orang lain. Bagaimanapun alhamdulillah, sekurang-kurangnya Allah beri saya hidayah itu, daripada tidak langsung. Disini, saya belajar berorganisasi, saya tahu kompleksasi dalam dakwah itu bagaimana. Bukan kompleks menyusah, tapi kompleks mempelbagai dan memperkreatif dakwah. Saya belajar mengenai jemaah, saya belajar mengenai konflik umat DQ. saya jumpa dan kenal ramai orang dalam perjalanan memenuhi tuntutan lita'arafu AlQuran.


Allah itu hebat, agung kerana Dia berikan saya semua ini. Saya tidak pernah jelas kenapa kalau saya perlu keluar dari DQ cuma saya pasti ada sebabnya, masih samar. Alhamdulillah ala kulli haal, huwa rabbul 'arsyil azhim. Syukrulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.