Penderma 'Si Pencuri'
Assalamualaikum..Salam Sejahtera..
Tahniah diucapkan kepada semua Pelajar lepasan SPM 2010 yang berjaya.
Buat rakan seperjuangan(Aiman),Tahniah.
Penderma 'Si Pencuri'..
Emm..Apakah maksud yang tersirat disebalik makna yang tersurat??
Menderma itu satu amalan yang mulia. Sering diuar-uarkan oleh alim ulama' bahawa dengan menderma, seseorang itu akan mendapat kerendahan jiwa.Dalam asyik beribadah harus diingatkan kepada 'si hati' agar tidak meninggi diri.
Jadilah seorang penderma ibarat seseorang yang mahu mencuri.Seseorang yang ingin mencuri tidak akan menghebahkan apa yang akan dilakukan olehnya.
Begitu mengasyikkan apabila keindahan dunia menjadi impian tetapi 'Dunia seterusnya' diabaikan.Ibarat hilang pedoman,ditinggalkan ilmu Fardhu Ain,dikejar Fardhu Kifayah.Remaja perlu berfikiran waras dalam menghadapi situasi yang amat membingungkan.
Masyarakat seperti tidak megendahkan apa yang berlaku didunia ini.
'Ya, Tuhan kembalikanlah aku ke pangkal jalan,Bimbinglah Kami Umat di Akhir zaman'
Sentosa Sentiasa Sejahtera..
Comments
Post a Comment