Hidup ini perlumbaan? 2019 bermula dengan kesyukuran. Rezeki selalu datang dari jalan yang tidak kita sangka. Saya mula bekerja di SRITI Al-Huda Simpang Renggam. Hidup berumah tangga memang mengajar kita banyak perkara. Tolak ansur, kasih sayang, pengorbanan, komunikasi dua hala dan pelbagai lagi. Semoga tuhan kurniakan bahagia untuk kita semua. 2019 masih lagi tahun membaca dan menulis. Bacaan 2019 bermula dengan baik. Saya menghabiskan buku berkaitan beberapa tokoh pendidikan. Hasilnya adalah suntikan semangat dan motivasi untuk mula mengajar. Untuk penulisan pula, saya akan cuba bermula dari bawah semula. Menulis sekurang-kurangnya 100 perkataan sehari di buku, blog atau di mana sahaja. Membaca pula saya meletakkan target 10-20 muka surat sehari. Sebelum tahun baru tiba, isteri dan saya sempat menonton sebuah filem berdasarkan kisah benar dari Iran, The stoning Of Soraya M. Kisah seorang wanita yang di abaikan suami malah ditentang anak lelaki sendiri. Kisah seorang '...
Assalamualaikum ! Salam Sejahtera (: semester pendek dah mula lepas ni boleh makan kat sini balik hee (: Dapat beli-belah kat sini (: Apa-apa pun, benda atas ni Tebaik ! Humm, ada lagi dua buah buku dalam Proses pembacaan Pesanan Buat Diri Meniti Jalan Suci Petikan lagu Kemarau DiHati Yang pulang pergi usahlah dirintih, doakan saja dikurnia sejahtera, apalah diratap dengan tangis keharuan, leraikan hiba pujuklah hatimu, pemergiananya iktibar buat mu, Mungkin penghayatan kita berbeza, tetapi bagi saya mesejnya ''Ingatlah Mati !" Orang yang dah pegi meninggalakan kita memang boleh diingati tapi tak perlu la nak merintih dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ia menjadi iktibar atau suatu hikmah buat kita semua. *Tade kena megena antara hidup&mati Kalau bermain boling , tentu ada matlamat nak jatuhkan semua pin. Macam tula jugak kita punya hidup, kena ada matlamat, matlamat yang mampu bawa kita kearah Redha Ilahi. Sekian (,"(.")
Kereta api kenangan. Sebatang demi sebatang rokok dihisap, kereta api ke Kuala Lumpur masih belum tiba. Puntung rokok belum lagi terpadam, dia sudah menyalakan rokok yang baru. Mahu menghalau nyamuk katanya. Sepatutnya mereka akan berlepas dari Parit Buntar jam 11.23 malam namun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Stesen Parit Buntar terletak di pinggir bandar. Tempatnya jauh terperosok dari kesesakan bandar. Cahaya lampu nampak suram dari kejauhan. Dinding kayunya masih dikekalkan sejak zaman 80-an, walaupun kebanyakannya sudah mulai mereput. Bunyi cengkerik silih berganti dengan suara orang berbual di ruang menunggu. “Kata cepat dan tepat, ni dah dekat dua jam. Asap kereta api pun tak nampak lagi,” dengus seorang pak cik tua kepada anaknya. Idham tersenyum dari jauh. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Kalau kereta api pukul 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru dia sampai di stesen. Itu pun kelibat kereta api belum kelihatan. Walaupun selalu lambat, dia tetap memilih kereta api ...
Comments
Post a Comment