Kasih teman

Hadis Kelima Belas

( عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم

 Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

(Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum :)
Salam Sejahtera
Hadis diatas menceritakan tentang tak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Satu cerita.
Cerita Benar.

Pasal Adik-adik ku(".(,"(",)


Suatu hari Ayah ke kedai membeli barang-barang keperluan,Ayahku membeli 5 bungkus roti dan 5 botol air(sebab adik-beradik aku ada 5orang) untuk kami
Bila balik,semua seperti singa kelaparan
Menerpa kearah ayahku.
tapi adik lelaki aku(Aizat), tak ada
Main bola katanya.
Jadi,tinggalkan lah satu roti,satu air.
Maka masa tu aku sangat lapaq :p
Aku nak ambik roti tu

tapi
Adik ku yang kecik sekali
Naim(Yang berbaju)

Dia cakap kat aku
'Tak boleh,ni Abang Aizat punya'.
Terkedu aku >.<

Walhal,selama ni Aizat ni selalu sangat buli dia sampai nanges-nanges.
Memang la dia kecik lagi
tapi dia dah ada sifat "kasih saudaranya seperti kasih diri sendiri"

Tapi
kita yang besar-besar ni
kadang-kadang tak nak ambik tahu langsung pasal kawan-kawan

"Biaq la kat dia.Kubuq lain2"
Malu kat adik aku :p

Ingat ye !
Sayang la semua orang tanpa PILIH KASIH.
kita ni ada masa nak kawan dengan Hotsetap je
Yela kan.nak jugak Saham naik.

Bila susah baru la nak cari kawan yang lain

"Hang la kawan aku sehidup semati"
Puih !
Tanam tebu tepi bibir.

Biar susah sama-sama,Senang pun bersama ya !

Sekian.
Jangan tengok orang yang menyampaikan
tapi tengok apa yang disampaikan !

Comments

Post a Comment