Pesanan Ringkas: Hijrah bukan bermusim

Ha-Hati tenangkan,ingat Allah selalu.
"Orang-orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan Zikrullah. Ketahuilah dengan Zikrullah hati manusia menjadi tenang dan tenteram." (Ar-Rad:28)

Jim-Jasad,makan makanan berkhasiat
"Wahai orang-orang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik(halal) yang telah kami berikan kepada kamu,dan bersyukurlah kepada Allah. Jika kamu betul hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah:172)

Ra-Roh,isi rohani dengan solat malam
"Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya(kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya." (Al-Muzammil:6)

Ta-Tempat,suasana(manusia dicorak oleh biah)
Kebiasannya manusia akan mengikut tindak tanduk suasana sekeliling.Buruk akhlak masyarakat maka berkemungkinan terikut-ikutlah dengan akhlak itu,begitu juga sebaliknya. Pilihlah sahabat-sahabat atau jiran-jiran yang dapat membawa kita kearah RedhaNya.

-Hijrah tak susah,Niat dan Ubah-

Comments

Post a Comment