Bicara Jumaat
Assalamualaikum.Mohon doakan rakan-rakan disekeliling anda dalam keadaan sihat sejahtera.
Cuaca di Selangor sejak seminggu ini hujan bergilir-gilir dengan panas terik. Sehari hujan,esoknya seharian panas hal ini menyebab insan-insan pendakwah mengalami batuk,selesema dan demam.Antara perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini :
1.Banyakkan minum air masak
2.Mandi dua atau tiga kali sehari
3.Kurangkan minum minuman sejuk
4.Aktifakan diri,Jangan hanya selimutkan diri di katil
Konsep Usaha,Doa dan Tawakal sering kita amalkan dalam setiap gerak kerja sebagai muslim.Contohnya apabila ditimpa musibah,demam.
Usaha: Makan ubat dan sebagainya
Doa: Mohon disembuhkan penyakit
Tawakal: Berserah bulat-bulat kepada Allah
Jika ini konsep yang kita amalkan,bagus.Namun cuba kita ubah sedikit konsep ini.
Usaha: Mendirikan solat Hajat agar dikurniakan kesembuhan
Doa: Mohon disembuhkan penyakit
Tawakal: Berserah bulat-bulat kepada Allah
Sebelum berusaha kearah duniawi,gerakkan usaha kita kearah ukhrawi. Laksanakan solat hajat,mengadu padaNya agar diberi kesembuhan.
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Selain itu,perbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. Selawat mempunyai keistimewaan tertentu.InsyaAllah berkat usaha kalian.Moga-moga ia dipandang oleh Allah.
Sekian.
Sekadar beriklan:
SoutulIsrak merupakan kumpulan qasidah yang mengalunkan qasidah qasidah dan syair syair yang memuji nabi kita Muhammad SAW.Sekiranya ingin berurusan dengan kami, anda boleh menghubungi IZWAN (0142301884/0193917106)
Ayuh !Hiasi mulutmu dengan beselawat (:
Aw, this was an extremely good post. Taking a few minutes
ReplyDeleteand actual effort to create a good article… but what can I say… I
put things off a whole lot and never manage to get
nearly anything done.
Also visit my webpage: uk hosts