Back to basic
Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat sidang pembaca. Harapnya kita sentiasa dibawah rahmat
dan inayahNya. Setelah berkelana sementara dibumi asing,kini saya kembali
dikampung halaman. Walaupun Cuma seketika,namun ia penuh dengan seribu satu
hikmahNya.
Dari Abu Hamzah,Anas Bin Malik R.A,pembantu Rasulullah
S.A.W beliau bersabda : “Tak beriman salah seorang antara kamu hingga dia
mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. (Riwayat
Bukhori&Muslim)
Fitrah kepada manusia apabila
kita ditimpa masalah,kita pasti mencari asal kejadian kita. Sebagai contoh saya
bawak satu kisah teladan.
Fauzi seorang pelajar lulusan Sarjana Muda dalam
bidang Kedoktoran dari Universiti Islam Antarabandar telah mendapat pekerjaan
disebuah Hospital di Bandar Mentadak. Beliau yang berasal dari kampung Hangat
Dalam berasa kekok apabila berada dalam suasana hiruk-pikuk kotaraya yang pesat
membangun. Hampir setiap hari Fauzi menghubungi ibunya dikampung untuk
meluahkan masalahnya. Beliau membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman.
Akhirnya Fauzi menjadi seorang penggembala kambing yang berkelulusan doktor.
Bagi sesetengah pembaca,mungkin tiada nilai yang dapat
diambil dari kisah tersebut. Mengapa terlalu mudah ‘Fauzi’ mengambil keputusan
pulang ke kampung. Begitulah kita manusia, ibu yang mengandungkan kita selama 9
bulan akan menjadi tempat luahan segala masalah kita. Suasana sibuk dibandar
membuatkan hati mencari-cari suasana yang tenang seperti di kampung. Apabila
sudah berputus asa dalam hidup, manusia mula mencari asal hidupnya iaitu Allah
SWT.
Walau setinggi manapun jawatan kita,walau sekuat manapun kita,kita akhirnya akan kembali kepada Sang Pencipta.Jadi,jangan hanyutkan diri anda dalam arus yang penuh dengan tribulasi.Satukan gerak kerja,sisihkan perselisihan & gapai RedhaNya.
Sekian (:
Walau setinggi manapun jawatan kita,walau sekuat manapun kita,kita akhirnya akan kembali kepada Sang Pencipta.Jadi,jangan hanyutkan diri anda dalam arus yang penuh dengan tribulasi.Satukan gerak kerja,sisihkan perselisihan & gapai RedhaNya.
Sekian (:
*Minggu exam kuat ja study,lepas exam kuat pulak assingment
Banyakkan selawat,baca Al-quran,Pelbagaikan bahan bacaan,libatkan diri dengan diskusi & ajak orang lain buat baik tinggal benda jahat.
Comments
Post a Comment