Kemana arah tuju anda ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Selawat dan Salan keatas Nabi Muhammad S.A.W
Manusia selalu berada dipersimpangan jalan, "Cahaya" atau "Gelap". Namun setiap persimpangan ada hujungnya, "AKHIRAT".Hidup ini tak lepas dari membuat pilihan.Begitu juga dengan pelajar, tak kan lepas dari membuat pilihan.
Ternyata semua manusia mempunyai pengalaman yang berbeza, jadi saya singkapkan semua ini berdasarkan pengalaman saya yang masih setahun jagung dalam dunia fana ini. Jadi, antara tindakan awal yang perlu dilakukan :
Ia boleh dikaji berdasarkan :
Ke mana aku nak sambung belajar lepas ni? "Universiti" "Pondok" "Kerja" "Kolej Islam"
Nak ambil subjek apa ya? "Agama" "Sains"
Luar negara atau dalam negara? "Mesir" "Jordan" "KUIN" "UIAM"
1. Kaji minat dan kecenderungan kita.
- Subjek yang diminati
- Topik luar kelas yang diminati
- Tokoh yang dilazimi
- Bahan bacaan yang dibeli
- Isu dalam masyarakat yang menarik perhatian
(Sumber :Ustaz dan Ustazah Mahu Jadi Siapa?)
2.Istisyarah.
Buat perbincang dengan ayah,ibu,abang,kakak dan rakan-rakan apa kekuatan dan kelemahan kita. Selalunya keluarga akan memberi dorongan dan galakkan supaya mengikut jejak langkah mereka. Jika bukan dalam minat kita, tolaklah dengan cara yang berhikmah. Berkomunikasilah dgn hati sebaik-baiknya.
DIA mengetahui apa yang ada dalam hati kita. |
3.Istikharah
Realiti kita sekarang hanya kaitkan "Istikharah" dengan "Jodoh", walhal ia adalah satu ikhtiar dalam membuat keputusan.
Istikharah = Jodoh ? |
Cukuplah informasi berdasarkan gambar dibawah :
Kemudian apabila engkau telah selesai melakukan amal soleh, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal soleh yang lain (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini) (8)
Kita sudah berusaha, selebihnya serahkan pada Allah. Mungkin perkongsian ini tak dapat membantu anda tapi pohonlah padaNya agar diberi petunjuk. Nasihat terakhir,
"Membaca, jangan hanya banyak membaca, tetapi membanyakkan juga jenis bahan bacaan."
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment