Hati ini.



Dibalik celahan rimbunan daun,
Terpancar cahaya penerang gelita,
Terang indah dipagari bintang
Hadirnya hanya dikala malam.


Disaat fajar mula menyinar,
Disaat embun mula berhenti,
Saat itu aku berfikir,
Bahagiakah alam saat ini 


Sungai mengalir jernihnya tiada,
Burung-burung hilang habitatnya,
Sampah sarap dibiar menggunung,
Angkara manusia berperibadi durjana.


Sang suria gah memancar,
Bahangnya terik bisa membakar,
Dedaun gugur bunga pun mekar,
Adakah manusia mula tersedar ?


Kini aku temui insan manusiawi,
Hati suci luhur peribadi,
Pecinta alam hajatnya besar,
Bumi Hijau cinta disebar.

Comments