Penang : Perjalanan yang tertangguh.

Bermulanya perjalanan ini dengan langkah yang pertama. Tanpa langkah yang pertama, masakan kita mampu bergerak kehadapan.
Perjalanan bermula apabila kami menaiki kereta api yang membawa gerabak yang dipenuhi penumpang menuju ke utara tanah air. Saya amati wajah seorang demi seorang, ternyata riak wajah mereka seperti tidak sabar untuk menikmati percutian ini. Satu perkara yang saya nasihatkan sebelum kami menaiki kereta api adalah menyuruh mereka membawa baju sejuk kerana di dalam gerabak nanti, suhunya sangat sejuk. Semasa satu pertiga perjalanan, ketika mata masih segar dan malam masih muda, sempat kami borakan tentang rancangan kami sepanjang tiga hari dua malam di sana nanti. Hanya berbekalkan dua cawan milo panas, lawak jenaka Apek dan beberapa peta Pulau tersebut, perancangan siap didraf. Akhirnya kami memilih untuk tidur kerana malam sudah hampir kehujungnya sambil diselimuti angin yang dingin.

5.30 pagi......
Kereta api kami berhenti di Stesen Butterworth. Langit ketika ini masih gelap, namun bayu laut sudah dirasai. Tanpa membuang masa, kami menuju ke jeti untuk menaiki feri menuju ke Pulau Mutiara, Pualu Pinang. Mungkin sudah lama tidak menaiki feri, masing-masing memilih untuk berdiri dan menghadap laut yang luas terbentang, beriramakan pukulan ombak dan ditemani bayu laut. Sungguh asyik sehingga tidak perasaan feri sudah hampir sampai ke destinasi. Seusai sampai di jeti, feri ini  memuntahkan penumpangnya yang terdiri dari pelabagi lapisan masyrakat, ada yang beruniform sekolah, berpakaian kasual dan pelbagai lagi. Semua menuju ke destinasi tersendiri. Kami memilih untuk memulakan pegembaraan ini dengan sarapan pagi. Satu perkara yang menarik hati saya adalah keramahan pemilik gerai berkenaan, tidak segan silu membantu kami untuk mendapatkan peta di hotel berdekatan. Mak cik itu sempat nasihatkan supaya menjaga barang-barang dengan baik kerana kerap berlaku kecurian. Terima kasih mak cik.

Misi seterusnya adalah mencari tempat penginapan untuk melepaskan lelah setelah penat berjalan. Masing-masing mengusung beg yang berat sambil mata melirik mencari rumah tumpangan (guest house) berpandukan peta dan bantuan 'goggle map'. Akhirnya, kami singgah di sebuah lorong yang diberi nama 'Love Lane'. Disitu terdapat banyak rumah tumpangan dan kami memilih Red House berdasarkan bajet dan sedikit privasi yang diperlukan, bayaran untuk semalam tidaklah terlalu mahal berbanding yang lain. walaupun masih ada rumah tumpangan yang belum dilihat, akibat terlampau penat, kami tidak berniat untuk terlalu cerewet dalam pemilihan. Selesai sahaja 'check-in', masing-masing merebahkan badan untuk meneruskan semula perjalanan pada sebelah petang.

Dari jauh sudah kelihatan menara Komtar berdiri tegak ditengah bandar, namun bukan itu tempat yang kami tuju. Menelusuri Jalan Keling, kami menuju ke Pasar Chowrasta, tempat yang menempatkan kedai-kedai yang menjual buku terpakai dengan harga yang berpatutan. Namun, perancangan kami sedikit terbantut apabila mendapati bahawa pasar tersebut sedang dalam proses naik taraf. Walaubagaimanapun, terdapat dua buah kedai yang dibuka meskipun tiada sumber elektrik, kurang pilihan buku, kami sempat membeli beberapa buah buku yang mungkin sukar ditemui di kedai-kedai buku yang biasa. Kami juga sempat singgah ke kedai jeruk Pak Ali sebagai buah tangan untuk rakan-rakan dan keluarga yang mengidamkannya. Perut masing-masih sudah berkeroncong dan destinasi seterusnya semestilah kedai makan atau restoren. Sepatutnya kami membawa seorang yang pakar hal ehwal makanan, namun beliau menarik diri atas alasan yang tertentu. Jadi, kami hanya berpandukan senarai makanan-wajib-makan yang diberikan beliau, kami menuju ke Restoren Kapitan. Selesai sahaja makan, kami memilih untuk pulang ke tempat penginapan kerana pada malamnya kami merancang untuk berbasikal di kawasan sekitar. Cuaca ketika itu sangat panas. Sempat kami menikmati ais krim dibawah terik mentari, sangat menenagkan.

(Bersambung)

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.