Dari Ayer Puteh ke Kuala Lumpur.

Asssalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hujung minggu lepas, aku sempat pulang ke rumah kerana ingin berbuka puasa bersama keluarga. Walaupun aku pulang hanya seketika, namun ia cukup  untuk memberikan aku satu kenikmatan. Aku bertolak pulang dari Uia pada waktu tengah hari dan sampai pada waktu asar. Tugas menjadi pemandu akan beralih kepada aku apabila aku pulang ke rumah. Mencari baju raya, pergi ke pekan dan sebagainya.

Ayer Puteh-Parit Buntar

Sepatutnya aku pulang ke Uia menaiki kereta bersama seorang lagi rakan, Akmam dan isterinya tetapi atas sebab-sebab tertentu aku memilih untuk pulang sendiri. Jadi aku putuskan untuk menaiki bas lompat-lompat. Aku sepatutunya keluar rumah lebih awal tetapi disebabkan beberapa perkara, pada jam 12 tengah hari baru aku keluar dari rumah. Satu perkara yang mencabar dalam perjalanan ini ialah menunggu bas. Menunggu bas di bawah terik mentari selama setengah jam mungkin tidak cukup perik bagi kita. Namun, itulah yang aku harus lalui. Menunggu bas Mara yang tercinta datang melalui kampung yang terperosok dari kemajuan. Akhirnya, tepat jam 12.30 tengah hari bas pun datang. Aku menaiki bas menuju ke Parit Buntar dengan tambang sebanyak RM2.70. Basnya tidak berhawa dingin, kerusi dan dindingnya diconteng. Maka, berpeluhlah aku selama setengah jam sebelum tiba ke destinasi yang dituju. Bermulalah perjalanan aku, dari Ayer Puteh ke Kuala Lumpur.

Pertama kali selfie !
 Parit Buntar-Taiping

Setelah bas tiba di Parit Buntar, aku mempunyai dua pilihan. Sama ada mahu menaiki bas terus ke Ipoh atau ke Taiping. Jadi, aku memilih jalan yang susah, pergi ke Taiping. Perjalanan yang memakan masa selama satu jam, terasa sekejap apabila melihat telatah dan ragam pelbagai manusia.

Red Omnibus a.k.a bas lejen.
Taiping-Kuala Kangsar

Sesampainya aku di Taiping, aku di sambut dengan bahang yang panas. Sebelum meneruskan perjalanan, aku singgah solat di masjid berdekatan. Di sini juga aku ada dua pilihan, sama ada ke Ipoh atau Kuala Kangsar. Atas faktor wang dan masa, aku memilih untuk ke Kuala Kangsar.

Basnya masih sama 'Red Omnibus.'
Perjalanan kali ini lebih menarik kerana aku disajikan dengan pemandangan yang indah. waktu ini aku sudah mula kehausan dan perut sudah mula berdendang. Mahu saja aku berbuka kerana musafir, namun tetap aku teruskan.

Bas berlantaikan kayu, berbumbungkan bahang.

Kuala Kangsar-Ipoh

Aku tiba tepat jam lima. Sebaik sahaja aku turun dari bas, aku terus mencari bas untuk ke Ipoh. Menurut saudara Rizman, cari bas untuk ke Aman Jaya. Jadi, aku memberi sedikit bekal untuk berbuka dan terus menaik bas. Ayuh, ke Ipoh ke kita !

Bila nampak 'Terminal Amanjaya'. wahhhh, teruja gila.
Ipoh-Kuala Lumpur

Sebelum aku sampai ke Terminal Amanjaya, aku singgah di Hentian Kid sebab kena buat pertukaran bas. Waktu ini jam menunjukkan pukul 7 malam. Hajatnya, aku nak teruskan kembara ini dengan menaiki bas lompat. Mungkin pulang ke Kuala Lumpur melalui Teluk Intan, Kuala Selangor, Klang tetapi atas faktor masa dan keletihan. aku mengalah. Maka, bas bersama 7 orang penumpang bergerak menuju Hentian Puduraya. Tiba di Hentian Puduraya, aku terus berjalan menuju ke Pasar Seni dan mengambil bas ke Shah Alam.

***
Tamat perjalanan yang memenatkan. Perjalanan ini banyak di bantu oleh rakan-rakan dari jauh. Rizman banyak memberi info bila aku sampai di Kuala Kangsar. Perewa juga banyak membantu memberi suntikan semangat dengan kata-katanya bahawa, "bila pulang dari rumah ke tempat belajar, pandanglah dengan cara berbeza. Supaya kita menikmati pengembaraan tersebut." Aku sahut cabaran itu, meskipun perjalanan terasa begitu panjang dan lelah dihujungnya. Namun, aku mempunyai sedikit pengalaman untuk dicoretkan buat kalian dan anak cucu nanti. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.