Posts

Showing posts from March, 2016

Hujan di penghujung petang.

Image
Penghujung petang itu ditemani hujan. Langit yang selama ini memancarkan bahangnya bertukar mendung. Aku memilih untuk duduk di tepi tingkap bagi merasai rintik-rintik hujan yang terbias. Sudah lama bau enak hujan tidak menerpa ke rongga hidung dan kali ini aku mengambil kesempatan untuk menarik nafas sedalam-dalamnya. Menikmati keenakan bau hujan seperti menikmati secawan kopi panas. Sewaktu cuti semester dahulu aku tidak mempunyai kesempatan sedemikian kerana cuaca di Kedah terlalu panas sehingga sekolah ditutup selama dua hari. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari hidup tapi kita sering melupakannya. Aku tertarik dengan falsafah berkaitan sederhana. Sederhana dalam erti kata tidak haloba dan ingin menang dengan cara apa sekalipun. Hidup dalam suasana yang santai, manusia tidak tergopoh-gapah mengejar itu ini, tidak terlalu inginkan pangkat dan harta. Penghujung hidup yang indah memang menjadi impian kita semua tetapi bagaimana kita memberi erti dan warna di tengahannya.

Langit Petang

Image
Langit petang sangat indah dan sayu dihujungnya. Cahaya matahari calar balar disebalik awan. Angin sekali-sekala bertiup, menyapu daun-daun kering yang gugur. Melihat orang lalu-lalang pulang dari kelas, menuju ke kafeteria dan asrama. Mungkin malam mereka diisi dengan perjumpaan persatuan dan dihiasi bulan bintang. Aku terus mengelamun walaupun orang sekeliling sedikit hingar-bingar. Suasana begini adalah sangat sesuai untuk seorang manusia yang selalu mencari masa untuk dirinya. Waktu-waktu beginilah perlu diisi dengan membaca sebanyaknya. Tidak kiralah membaca buku ataupun membaca keadaan sekeliling. Sambil duduk berbual bersama rakan sekelas, aku meneguk sisa air mineral yang tinggal. Mereka berbual mengenai tugasan yang diberikan sebelum ini, pergi ke suatu tempat untuk menyendiri dan tulis mengenainya. Kisah satu Ceritanya ringkas. Pergi ke HS Square dan tertarik dengan burung-burung yang hinggap di dahan pokok. Katanya semasa cuti yang lalu, dia berpeluang ke T...

Suatu pagi.

Image
Suatu pagi... Suatu pagi, hujan lebat turun membasahi bumi. Aku yang masih di pembaringan berkira-kira untuk ke bilik air. Siapa yang sanggup untuk mandi sewal lima pagi, tambahan pula hujan di luar sana. Aku mengelamun seketika. Teringat nasihat emak tempoh hari, “Mi, orang dulu-dulu susah, nak makan nasi kena tanam padi sendiri. Nak makan ikan kena tangkap sendiri dalam sungai. Nak makan kuih, tepung kena uli sendiri. Bil air, api tak kena bayar. Mandi kena p telaga, sungai. Letrik kena pasang lilin. Zaman sekarang senang dah, semua ada tapi semua kena bayar. Belajar la hidup susah, baru kita hargai jasa orang tua kita.” Lamunan aku terhenti. Azan subuh kedengaran dari kejauhan dan rintik hujan masih belum berhenti.

Tasik Banding : Alangkah bahagianya kita.

Image
Meskipun aku seorang pencerita yang gagal, namun tak pernah sekali pun aku berhenti untuk bercerita.  *** Pada hujung minggu yang lalu, sekumpulan pelajar Kuliyyah Pendidikan telah mengadakan program di Tasik Banding, Gerik, Perak dan aku sendiri merupakan peserta bagi program tersebut. Bertolak dari universiti sekitar jam 11 malam menuju ke Masjid Jamek Gerik, Perak. Tak banyak perkara yang dapat dilakukan sepanjang perjalanan melainkan melelapkan mata agar mendapat rehat yang cukup. Kami tiba sedikit awal di masjid tersebut, lebih kurang jam 4 pagi. Setibanya kami di sana, terdapat beberapa lagi rombongan yang juga dalam perjalanan menuju ke Tasik Banding. Selesai solat, kami singgah sarapan di sebuah kedai mamak. Rata-rata memilih makanan yang berat supaya mendapat tenaga mencukupi untuk aktiviti seharian. Selepas bersarapan kami menyambung perjalanan menuju ke destinasi selama dua jam. Menaiki bas dua tingkat berhawa dingin, melalui jalan yang berbukit dan...