Kumpulan cerpen - Kekasih Sam Po Bo.



Karya Kekasih Sam Po Bo merupakan kumpulan cerpen penulis. Di dalamnya terkandung 30 buah cerpen dari pelbagai genre antaranya Bulan Sabit di Chiang Mai, Bulan Mengambang di langit KL dan lain-lain lagi. Irisan-irisan mimpi menjadi cerpen permulaan bagi buku ini. Saya dibawa jauh ke Kepulauan Borneo untuk meneliti kisah kekeluargaan yang sarat dengan emosi. Elemen pengorbanan, kesetiaan dan pengharapan digarap dengan baik sehingga mampu menyentuh perasaan pembaca.

Setelah separuh jalan buku ini diteliti gaya penulisannya, saya ditemukan dengan Cinta dalam jambangan ilalang. Berlatar belakangkan kota Paris, bermodalkan isu 'terroism' dan dihiasi dengan kisah cinta 2 darjat. Dari kaca mata seorang pembaca amatur, cerpen ini saya rasakan antara yang terbaik. Buat pencinta keindahan, saya hadiahkan cerpen ini untuk anda telusuri.

Kisah 7 pemuda yang tidur di dalam gua menjadi pengakhiran untuk buku ini. Saya diterbangkan ke timur tengah malah dibawa ke zaman yang berabad lamanya. Kota Ephasus, Bandar Amman dan sempadan Palestin. Saya hampir memasang angan-angan untuk ke Jordan. Namun, memandangkan cita-cita ke Melaka masih belum terlaksana, angan-angan itu saya terjemahkan dalam keratan mimpi. Cantuman-cantuman mimpi itu kelak akan menjadi kenyataan disebalik sendu doa.

Comments

Popular Posts