Tak ada idea bila aku masuk Islam : Sebuah perjalanan.

Sejujurnya, aku tak pernah mempunyai kawan dari kaum yang lain seperti Cina dan India. Kalau ada pun hanyalah pak cik India yang selalu menggunting rambut aku atau Uncle Cina yang selalu singgah untuk minum di kedai.
Pernah sewaktu sekolah rendah, aku menghadiri sebuah kem yang menghimpunkan pelajar dari daerah Kulim-Bandar Baru. Ketika itu, baru aku temui sebilangan pelajar India dan mereka duduk berkelompok. Ketika pembahagian kumpulan, kelompok mereka dipisahkan dan aku dimasukkan dalam kumpulan 9 (siapa lagi ahli kumpulan woi?) yang ahlinya semua berbangsa melayu. Hilang rezeki berkawan dengan bangsa lain.
Anekdot ini dibaca sepanjang perjalanan pulang ke daerah Ilmu, Gombak. Ketika senja hampir berlabuh, hadir satu perenggan yang begitu menyentuh hati, "Kita berasakan kuat sebelum menghadapai sesuatu ujian." Terus aku tutup buku dan termenung panjang sambil corong radio memainkan lagu-lagu patah semangat. Tidak banyak yang boleh aku ulas tentang gaya penulisannya memandangkan beliau merupakan bekas peserta Minggu Penulis Remaja, semestinya dia berada di kelasnya yang tersendiri. Sungguh, kisahnya adalah sebuah perjalanan yang panjang. Diturunkan kisah-kisah para Nabi yang terdahulu kepada kita untuk dijadikan teladan. Maka, kisah ini juga wajar mendapat tempat untuk kita benar-benar mengambil iktibar.
Melalui penulis, aku mengetahui cara fikir agama lain terhadap Islam. Bagaimana kita mahu orang melayani kita, begitu jugalah kita perlu melayan orang lain. Kadangkala penulis bernada sinis terhadap rakan-rakan yang beragama Islam kerana tidak menjaga sensitiviti dalam pergaulan. Mungkin aku juga begitu, oleh kerana terlalu takut atau tidak tahu, aku sendiri membina tembok penghalang untuk bergaul. Apa yang aku nyatakan di sini belum cukup untuk kita selami kisah pahit manis penulis. Ternyata kalau aku punyai seorang kawan yang ingin memeluk Islam, belum tentu aku mampu membantu dan membimbingnya sebaik mungkin.
Buat Kak Sanisha Bogaraja, terus berjuang dengan jiwa, menikam dengan kata. #LegasiOakheart

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.