Posts

Showing posts from March, 2011

Inilah Kehidupan.

Image
Assalamualaikum. Rehat sekejap. Penat rupanya mengisi borang-borang yang melambak tu. Dah la asyik tersilap. Memang menguji kesabaran. Fuuh~.. Menulis lagi saya. PENDAPAT Sahabat-sahabat sekalian, Kadang-kadang dalam hidup ni kita kena buat keputusan memilih antara dua perkara yang kita nak, yang sebenarnya kalau boleh kita nak dua-dua sekali. Saya mintak maaf kalau olahan saya kali ni agak membosankan (macamlah biasa tu menarik sangat), tapi untuk kali ni biar lah saya menulis secara direct ok. Dan memang, anda, saya atau dia suka atau tidak, terimalah yang kita perlu lepaskan salah satu. It's the fact of life. Itulah pengorbanan bukan? "Umat Islam kena berjiwa besar. KITA kena berjiwa besar", kata abang Hanif. Betul. Saya tak salahkan dia. Tapi manusia punya pilihan salah satu saja, bukan dua-dua. Ada benda yang kita boleh dapat, ada benda tidak. Saya tak kata itu untuk melimitkan usaha. Usaha(no issue), kena maximum. Bahkan kita sendiri yang mengukur tahap usaha kita. ...

SPM 2010

Image
"Ini cuma permulaan.. perjalanan masih jauh," kata Ustazah Zaidah, guru kelas saya. Sebelum keputusan diumumkan pun saya sudah fikirkan benda ni jadi saya semacam tak kisah sangat apa yang saya bakal dapat. Tapi setelah keluar result SPM selepas itu, saya mesti katakan yang saya sangat bersyukur pada Yang Maha Esa dan Maha Bijaksana. Memang rezeki. KEMENANGAN Saya tidak 'kalah' lagi kali ini. Meskipun hati saya kuat mengatakan yang saya akan kalah sebelum keluarnya result tadi. Tapi apa pun Allah lebih mengetahui. Mungkin apa yang saya rasakan ini agak pelik tapi saya juga ingin merasakan kekalahan sekali-sekala(ya, bukan pada result SPM la yang pastinya), tapi masih belum berpeluang. Bukan apa, kadang-kadang orang yang tak biasa kalah ni tak belajar dan tak cukup matang. Kerana sebenarnya kekalahan itu yang banyak mengajar kita. Fikir-fikir balik, dengan result yang sebagus ini, saya tetap boleh KALAH... Sekiranya saya gagal BERTERIMA KASIH pada yang berhak menerima...

11.3.2011

Image
Sekejap lagi saya hampir pulang ke DQ. Sebelum tu ingin ke fair MARA. Pagi ni menulis kejap. Entah kenapa tergerak. Jumaat hari tu selepas test JPJ saya tengok tv di sebuah restoran. Gempa bumi. Di Jepun. Pehh..saya antara yang terawal yang tahu. Saya tengok gitu-gitu saja so saya ingat mungkin biasa kot. Yelah.. Jepun kan, memang biasa la kena gempa. Masuk-masuk kereta, cikgu driving saya cerita. "Jepun kena gempa bumi eh?" "Ha'a. Tadi ada gak saya tengok kat tv." ..bila time dia sebut pasal magnitude, saya terkejut. Beragak ah.. 8.9 kot. Besar sangat tu. BILA NEGARA HEBAT 'TEWAS' Jepun merupakan negara yang sangat maju. Saya tak perlu sebut anda juga sudah tahu. Jadi, saya tidak risau bagaimana mereka perlu menghada pi gempa ini dan tsunami itu, tapi sehingga ke hari ini, Allah tahu betapa saya silap menyangka sebiasa mana gempa ini. Ia terlalu hebat. Terlalu azab. Terlalu perit untuk mereka. Ia Bala yang besar. PABILA KITA TIDAK MELIHAT TUHAN Untuk p...

Seni Mengubah Manusia

*sigh* hmm.. saya bangun awal pagi ini. Kebosanan, saya pun bukakla pc ni kejap. Hari ni mereka ada ajak pergi MidValley tapi saya malas. Katanya tengok HMM..huh..saya pun tak tahu apa benda hmm tu asal-asal nya tapi last-last baru dapat figure out. anyway, not my kind of taste la cerita-cerita macam tu. Kesannya, saya melangok lagi di rumah. tu yang tergatal nak menulis lagi tu. KISAH Saya teringat satu kisah yang abang amirul ghani cerita di dq semasa salah satu diskusi ilmiah kami. Dia bercerita tentang pengalaman dia di dalam sebuah train KTM di mana dia terlihat sepasang couple ni ada buat benda tak senonoh. Agaknya buta sungguh mereka pasal abang amirul tengah pakai kopiah rasanya. common la beb, respect la skit ustaz tu.. Abg amirul tanya kami apa yang kami buat kalau kami berada dalam situasi dia tu. Mula saya pk panjang juga nak jawab sebab jarang juga saya dapat situasi begitu. hm.. fikir punya fikir.. fawwaz zuhaili lah jawab.. katanya guna cara sindiran/non-direct. saya s...

Generasi Sampah

Berjalan. Melihat dunia. Masyarakat. saya pulang baru-baru ini tidak duduk rumah. ada saja eventnya. sibuk. Pasti, bila melihat masyarakat mesti melihat manusia. setiap wajah yang saya lihat, saya fikir, inikah dia generasi sampah yang Abg Marwan maksudkan. Takut sungguh saya kalau ia benar. Kerana ia terlalu banyak. Sangat banyak. GENERASI SAMPAH? Sahabat-sahabat, saya melihat dunia dari kacamata yang tak pernah berselaput. Saya tak suka berlapik bila menilai. Cukup puas saya berjalan cuti ini dan cukup puas saya melihat generasi Malaysia yang cukup kita banggakan. katanya modal insan. katanya minda kelas pertama. katanya lagi, pemimpin bertaraf dunia. Saya kata - itu semua retorik belaka. DI MANA TUJUAN KITA? 1 - Kuala Lumpur, 2.30 pagi - Sekumpulan remaja kelihatan menari-nari di tengah jalan. cukup gembira tapi cukup gila. Mana taknya, puas sudah meneguk 'najis' itu. 2 - Sebuah padang futsal, 12.00 tengahari - Kelihatan remaja bermain. Bersilau-silau kaki mereka.. eh.. buka...