Seni Mengubah Manusia

*sigh* hmm.. saya bangun awal pagi ini. Kebosanan, saya pun bukakla pc ni kejap.

Hari ni mereka ada ajak pergi MidValley tapi saya malas. Katanya tengok HMM..huh..saya pun tak tahu apa benda hmm tu asal-asal nya tapi last-last baru dapat figure out. anyway, not my kind of taste la cerita-cerita macam tu.

Kesannya, saya melangok lagi di rumah. tu yang tergatal nak menulis lagi tu.

KISAH

Saya teringat satu kisah yang abang amirul ghani cerita di dq semasa salah satu diskusi ilmiah kami. Dia bercerita tentang pengalaman dia di dalam sebuah train KTM di mana dia terlihat sepasang couple ni ada buat benda tak senonoh. Agaknya buta sungguh mereka pasal abang amirul tengah pakai kopiah rasanya. common la beb, respect la skit ustaz tu..

Abg amirul tanya kami apa yang kami buat kalau kami berada dalam situasi dia tu. Mula saya pk panjang juga nak jawab sebab jarang juga saya dapat situasi begitu. hm.. fikir punya fikir.. fawwaz zuhaili lah jawab.. katanya guna cara sindiran/non-direct. saya setuju sangat. kena buat gaya cam perli sket la.. macamana? bukan tu point saya sekarang.

Abang amirul mengulas:

"kalau ana, ana tak tegur."

kami tersentak sepuluh saat. Dia sambung.

"bagi ana, bukan salah dia dia tak rasa malu nak buat macam tu. bagi ana dia TAK FAHAM. Kita golongan yang faham. cuba kalau kita tegur direct time tu, atau kita buat macam fawwaz cakap tadi sekalipun, silap2 dia jawab

kau siapa, sibok2 hal orang?! aku tak kacau hidup kau dah kira baik lah we!


..jadi diam saja ke bang?, kami menyoal, muka cukup tak puas hati.

"sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, hadis nabi S.A.W. man ra'a minkum munkaran itu disusuli dengan lafaz falyughayyirhu sama ada melalui tangan (kuasa), lisan dan terlemah, hati. Falyughayyirhu jauh sekali bermaksud mencegah. Ia bermaksud MENGUBAH. kita kena ingat tujuan kita berdakwah ialah mengubah bukan sekadar mencegah."

..kerana itu kita menanam faham, sebelum kita mengharap perubahan. dakwah bukan seperti melangkah sekali untuk sampai ke destinasi tapi memikirkan bagaimana kita perlu melangkah, biarpun seribu kali, biar seribu abad lagi, moga destinasi kita tidak tinggal fantasi semata.

KERANA MAKHLUK YANG BERNAMA 'FAHAM'

Dalam diri manusia ada satu elemen yang cukup mengawal tindakannya. Elemen tersebut adalah faham. Saya tidak menjamin kerana faham manusia akan bertindak tapi jikalau mereka bertindak bermakna mereka sudah faham.

Kenapa rakyat Mesir menentang pemerintahan Husni Mubarak?

kerana mereka FAHAM kenapa mereka tidak sanggup lagi ditindas.

Kenapa hari ini Pro-M banyak menguasai politik kampus?

kerana mereka FAHAM yang mereka inginkan perubahan dalam pemerintahan.

Kenapa rakyat Libya masih belum berputus asa menentang Gaddafi sehingga kini?

kerana mereka FAHAM pemerintahan yang zalim itu lebih di kutuk daripada pemerintahan yang mengabaikan Islam.

Kenapa Gaza sehingga kini masih di tangan Islam?

kerana HAMAS FAHAM dan yakin akan pertolongan Allah dan perjuangan islam sebenar.

Kenapa Maher Zain mampu berubah sehhingga menyebabkan fenomena yang cukup luar biasa?

kerana dia telah MEMAHAMI Islam, mungkin lebih baik daripada kita.

DAKWAH ITU SATU SENI

Dakwah bukan satu urusan ibadah yang khusus. Ia satu perjuangan. Ia ibadah tapi ibadah umum. Tidak menggunakan jalan nabi memperjuangkan Islam saya tidak merasakan ia bid'ah kerana, Islam itu bergantung pada zaman. Ada yang thabat, ada yang murunnah. Yang pasti dakwah itu murunnah. Fleksibel.

Jadi ingat, biar berjuta wasilah kita, matlamat kita tetap satu -Syariat Allah tertegak. Selagi cara kita tidak melanggar nas2 qat'ie dalam Al-Quran, kita tak patut menyempitkan kemampuan akal untuk memperkembangkan Islam..

dan berdakwah.

moga post ini bermanfaat buat semua. InsyaAllah.

Comments

  1. Tapi susahlah. Kawan ana couple and keluar date, mak ayah bagi lagi, diorang tau kut benda tu salah, still... Rupanya pernah dengan couple lama,ana dapat tahu dia sampai tinggal solat sebab boyfriend dia tak solat. Ana pun open up, dengar and tak lah sokong tapi tackle dia sampai dia bagitau segalanya and ok ja terima nasihat. Ana tahu dia keluar tapi ana pastikan dia solat, mak ayah dia tahu, laki tu tak pegang2. Still, selalu rasa salah dengan Allah sebab macam diorang still keluar date dan macam addictive kut. Haish.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.