SPM 2010

"Ini cuma permulaan.. perjalanan masih jauh," kata Ustazah Zaidah, guru kelas saya.

Sebelum keputusan diumumkan pun saya sudah fikirkan benda ni jadi saya semacam tak kisah sangat apa yang saya bakal dapat. Tapi setelah keluar result SPM selepas itu, saya mesti katakan yang saya sangat bersyukur pada Yang Maha Esa dan Maha Bijaksana.

Memang rezeki.

KEMENANGAN

Saya tidak 'kalah' lagi kali ini. Meskipun hati saya kuat mengatakan yang saya akan kalah sebelum keluarnya result tadi. Tapi apa pun Allah lebih mengetahui.

Mungkin apa yang saya rasakan ini agak pelik tapi saya juga ingin merasakan kekalahan sekali-sekala(ya, bukan pada result SPM la yang pastinya), tapi masih belum berpeluang.

Bukan apa, kadang-kadang orang yang tak biasa kalah ni tak belajar dan tak cukup matang. Kerana sebenarnya kekalahan itu yang banyak mengajar kita.

Fikir-fikir balik, dengan result yang sebagus ini, saya tetap boleh KALAH...

Sekiranya saya gagal BERTERIMA KASIH pada yang berhak menerimanya..

Allah

MakAyah

Guru

Kawan

Semua orang.

Bukan kejayaan saya. Ia kejayaan KITA. Terima kasih, semuanya.

Comments

  1. salam.

    mabruk, mabruk! result sdr agak menggemparkan sy.

    mg kemenangan y Allah beri tak mengaburkan mata sdr dan mg Allah sentiasa memimpin sdr dalam melihat y haq dan bathil. selamat berjaya dalam menghadapi realiti dunia!

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. tahniah akh. moga kekal istiqamah insyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment