11.3.2011


Sekejap lagi saya hampir pulang ke DQ. Sebelum tu ingin ke fair MARA. Pagi ni menulis kejap. Entah kenapa tergerak.
Jumaat hari tu selepas test JPJ saya tengok tv di sebuah restoran. Gempa bumi. Di Jepun. Pehh..saya antara yang terawal yang tahu. Saya tengok gitu-gitu saja so saya ingat mungkin biasa kot. Yelah.. Jepun kan, memang biasa la kena gempa.

Masuk-masuk kereta, cikgu driving saya cerita.

"Jepun kena gempa bumi eh?"

"Ha'a. Tadi ada gak saya tengok kat tv."

..bila time dia sebut pasal magnitude, saya terkejut.

Beragak ah.. 8.9 kot. Besar sangat tu.

BILA NEGARA HEBAT 'TEWAS'

Jepun merupakan negara yang sangat maju. Saya tak perlu sebut anda juga sudah tahu. Jadi, saya tidak risau bagaimana mereka perlu menghada
pi gempa ini dan tsunami itu, tapi sehingga ke hari ini, Allah tahu betapa saya silap menyangka sebiasa mana gempa ini. Ia terlalu hebat. Terlalu azab. Terlalu perit untuk mereka.

Ia Bala yang besar.


PABILA KITA TIDAK MELIHAT TUHAN

Untuk pengetahuan anda, 70% daripada rakyat Jepun menolak tuhan. Mereka hidup tidak beragama. Jika anda peminat anime, anda biasa menonton anime, anda bakal lihat bagaimana mereka menonjolkan mesej menolak tuhan dalam cerita-cerita mereka. Bukan sekadar anime, bahkan dalam media mereka juga begitu. Pastinya, mereka tidak menyuratkannya tetapi menyiratkannya. Saya menonton Gundam 00 saja sudah cukup membuat minda saya berfalsafah dan mesej 'dunia tanpa tuhan' itu sampai. Tapi saya bukan mereka yang bodoh, menerima tanpa menilai. Saya menyaring dan memilih kerana mereka punya mesej yang bagus juga jika anda pandai mencarinya.

Orang Jepun bekerja untuk dunia. Bagi mereka dunialah segalanya. Jadi apa sahaja yang mereka ingin buat mereka buat sehabis dan sebaik mungkin. Kerana itu mereka maju. Saya berani saja kata mereka tidak percaya tentang kehidupan selepas mati, hari akhirat apatah lagi tentang tuhan sepertimana kita percaya. Tapi cuba kita persoalkan diri sendiri, kenapa mereka boleh sehebat itu dan kita tidak?

Sedangkan kerana Tuhanlah kita boleh maju. Kerana Tuhanlah kita menjadi hebat. Kerana Tuhan kita menjadi sungguh-sungguh.

Kerana kita punya SEBAB untuk mencapai kecemerlangan.

Itu beza kita dengan mereka.

BUKAN SEKADAR KERUGIAN BIASA

Tsunami yang melanda Jepun bukan semata-mata memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa.

Tadi saya mencari statistik tentang negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang tertinggi. Saya tahu Jepun salah satu negaranya tapi saya sengaja juga mencari. Sebenarnya bukan saya kalau suka mencari statistik-statistik ni. Tapi mudah sangat saya jumpa maklumatnya. Jadi, saya ingat saya ingin kongsi dengan anda.

Nombor 5. Mereka di tangga ke 5. Lagi mengungguli (yang agak maju negaranya) ialah Korea, Utara atau Selatan saya tak pasti. Yang saya pasti bila statistik mengatakan 5, itu sudah cukup parah bagi saya.

Kerana mereka bekerja untuk dunia, maka apabila mereka putus harapan padanya mereka mencari jalan penyelesaian dengan membunuh diri.

Apa kaitannya dengan tsunami ini?

Anda bayangkan..

Bila tsunami menimpa,

Keluarga tersayang terkorban.

Harta benda musnah.

Kos pemulihan tinggi.

Ekonomi merudum.

Mereka hilang pekerjaan.

Kalau ada yang survive sekalipun, mereka seolah-olah sudah tiada apa-apa.

Lalu ramailah yang akan membunuh diri lagi.

Sebab itu saya cakap, ia bukan semata-mata bala fizikal tapi ia akan menjahanamkan teruk semangat rakyat Jepun untuk terus hidup.

Sebabnya mudah: MEREKA TIDAK PERCAYAKAN TUHAN. kerana sebenarnya Tuhan adalah harapan di kala kita rasa seluruh dunia telah menimpa diri kita.

Ingat sahabat-sahabat, they had theirs, and we may have ours, IF we don't hold on to what we have to..



GOD.

Be prepared.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.