KONFLIK terbesar pertama

Ok. Look, I have done a lot of embarassing things in life but this one is really REAL. What the heck?

I have NEVER been this bad, this defeated.


KEM MANA TAH..

Saya baru balik kem sebenarnya. Hm. Untuk pemilihan biasiswa. Mula-mula saya ingat saya dah cukup bersedia, tapi saya silap. Memang banyak benda yang saya tahu, cuma tak banyak benda yang saya mahir. Yelah, orang kalau bercakap memang terer kan, tapi bila buat dia saja yang tahu betapa menyesal dia suka cakap pasal benda tu dulu.

Saya bukan diri saya ketika itu. Memang bukan. Tak pernah saya sehipokrit ini.

SEBENARNYA..

Saya memang dah prepare all things. Soft skills, social skills, teamwork, leadership and knowledge. That is just the everything I need to succeed. Tapi mungkin sebab saya culture shock dengan cara bergaul kat sana, saya jadi down.

So I became as passive as I was few years ago, and that couldn't have been any worse.

KITA, DUA DUNIA BERBEZA.

Saya nak mengkhususkan cara bergaul dan berprogram di sana. Programmer tak pernah kisah tentang percampuran lelaki perempuan terlampau. Mereka cuma fikirkan yang penting ialah perpaduan. Aktiviti macam tarian, huh, saya pun pelik kenapa di adakan. Hiburan? saya tak rasa relevan. Untuk nonmuslim saya tak kisahlah. Tapi untuk yang melayu-melayu ni, saya nak tanya, mana kacamata agama kita? adakah kita semakin buta dengan sogokan doktrin perpaduan yang menghalalkan percampuran tanpa batasan antara lelaki dengan perempuan tanpa HAD?

Saya dah ada jawapannya. Ya, kerana itu dunia mereka.

DUNIA GOLONGAN AGAMA (GA) DAN DUNIA PROFESSIONAL DAN KORPORAT (PK)

Pada 'ustaz-ustaz' (GA), mereka pandang itu salah. Bagi mereka (PK), mereka tidak. Bahkan kata mereka paradigma GA yang perlu di anjakkan. Alasan - "you can't work well! you can't move forward! where is your teamwork!? You're moving 1000 years behind!" Lantas pergaulan itu agak longgar. Saya spesifikkan pada perhubungan lelaki dan perempuan.

Saya tak kata apa yang mereka kata salah.

Untuk melonggarkan ikhtilat dengan menjaga batas agama memang tak salah. Tapi yang saya nampak ialah penyingkiran agama atas dasar mengejar kemajuan yang tidak pernah realistik. Come on la people! Rise up! Think! Mana ada tamadun seberjaya Islam! Selagi mana tujuan kita bukan Islam, jangan mimpi untuk advance!

Mungkin ini sebabnya kenapa para ustaz (GA) menyelamatkan diri mereka dengan tidak melibatkan diri mereka dalam dunia professional. contoh, DQ-UIA. Lain, budak sekolah agama ke Mesir. Mereka tak berkecimpung dalam kekorporatan. Mereka mengambil jalan selamat untuk menyelamatkan agama mereka. Mereka tahu bagaimana mereka perlu beradaptasi dan berubah dari hakikat kebenaran ikhtilat yang sebenar kepada kelonggaran yang mereka akui, memang salah, jika mereka bertukar dunia. Jadi mereka mengelak. Itu langkah yang bagus. Tapi, sampai bila? Adakah kita membiar dua dunia ini terasing dan Islam itu tergantung di tengah-tengah?

DUNIA REALITI DAN DUNIA ISLAM YANG SEBENAR.

"Kita ni.. hidup dalam dunia yang masih bukan realiti," kata abang Marwan pada salah satu perjumpaan kami dulu.

Mulannya saya kurang faham tapi setelah dia sambung,

"Realiti Islam... Ini bukan realiti Islam. Ini realiti yang kita bina. Yang MEREKA bina".

Umat Islam itu umat yang fleksibel. Selagi agama mereka tidak melarang, mereka akan terus fleksibel. Tapi yang salah kita perlu katakan salah. Mungkin anda katakan kita boleh melonggarkan ikhtilat tapi bila anda dah mula bergurau-gurau, bermesra-mesra.. hidup mati balik pun saya tak kan kata betul. Anda menari? Jelas-jelas haram(yang perempuan la). Saya cuma boleh mengurangkan lengkungan senyuman saya bila saya melihat itu. Itu pun mereka tuduh saya tak 'friendly' kerana mimik muka tak ceria. Memang ujian.

PESANAN

Sahabat-sahabat KISAS,

inilah dunia luar yang bukan dunia kita. Mungkin Allah nak tunjuk pada saya benda ni. Betapa saya baru sedar yang dulu mereka kata memang betul budak-budak KISAS terkongkong dalam dunia mereka sendiri.

Saya tak berani kata apa-apa. Saya sedang mencari pencerahan sebenarnya. Sejauh mana saya perlu mengadaptasi kepada suasana ini dan sejauh mana jika tidak. Saya yakin biah di KISAS itu penting. Ia membuat kita tahu akan realiti dunia ISLAM yang sebenar. Cuma, bila kita dipandang rendah diluar (macam saya kena ni), saya tak rasa patut untuk kita terus mengamalkan secara tegar apa yang kita buat dulu di KISAS. Apapun, saya memohon hidayah Allah. Mungkin saya akan betanya kawan, ustaz-ustaz, orang-orang yang pernah melalui benda ni, supaya saya nampak apa yang saya perlu buat. Anything I'll inform later.

To rakan-rakan educamp yang terbaca ini (saya harap anda tak baca),

To nonmuslim, isu yang saya cakap dia atas memang is actually no issue to you all. Kepada yang muslim, saya minta maaf saya cakap apa yang bukan saya cakap di camp, especially kepada team saya. Actually I need to keep my opinion or not, of course I'd be banned. That would have fail me of getting any scholarship. Anyway, saya menyeru agar anda melihat dunia dengan kacamata AlQuran dan Sunnah. Ketepikan doktrin, ego dan nafsu dan kembali pada jalan fitrah yang pernah kita susuri dahulu. Mungkin anda tak setuju dengan saya, tapi siapa yang betul, Allah saja yang tahu. Saya memang tak kemukakan dalil tapi apa yang saya katakan cukup berasas..

Pada akal yang betul-betul waras.

Allahumahdina, wahdi bina, waja'lna sababallimanhtada. Allahumaftah bainana wa baina qaumina bilhaqqi wa anta khairul fatiheen...
Untuk detail perjalanan program sila baca blog HMK.

Comments

  1. you just need time 2 adaptise it,...,
    brsyukur coz anta da dpt hidayah n its our burden 2 bring it 2 them,..,.
    conclusion:amek wudu n solat 2rakaat(mntk kt tuhan solutionnye)

    ReplyDelete
  2. Aiman.inilah realiti kan?
    memang tak boleh nak nafikan.bila agama nie tidak dijadikan satu dengan kehidupan.dalam kita nak kejar cita2 agama still no 1.
    who else yg akan jaga agama ISLAM tercinta kalau bukan kita umat Islam nie.

    ReplyDelete
  3. bgus pandangan anda, sya jga dulu budak sekolah agama, tetapi, selepas form 4, sya masuk skolah sbp biasa, bru sya sedar bgaimana dunia, pergaulan mmg bebas, utk pengetahuan anda, pergaulan bebas kebanyakan bermula di sekolah mengengah biasa..
    minta maaf kpd sesiapa yg terasa, tidak berniat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts