Hafalan Solat Delisa

Kisah seorang anak kecil,Delisa bersama abi dan ummi.Semasa sedang menjalani amali solat,tsunami melanda Kota Acheh.Delisa hilang dibawa arus. Apabila tersedar, beliau.berada di Rumah Sakit.Tiada disisinya ummi,Abi,Kakak-kakaknya.Semua ditelan ombak Tsunami. Ramai lagi insan-insan yang dikenali Delisa pergi menghadap ilahi. Delisa anak kecil yang masih baru megenali erti kehidupan terjaga di Rumah Sakit dengan kehilangan sebelah kakinya. Semasa dirumah sakit, Delisa mengenali seorang jururawat,Sophie dan seorang tentera,Smith. Mereka bagaikan keluarga kedua Delisa. Suatu hari Pak Jabit memberitahu Ismail,ayah kepada Delisa beliau menjumpai Delisa. Ayah Delisa bergegas ke Rumah Sakit. Disaat Delisa bertemu abi, cukuplah sekadar air mata bagi menggambarkan segala kerinduan.

Kisah ini saya nukilkan kerana ingin memberi sedikit impak terhadap diridan harapnya dapat menyentuh lubuk hati sidang pembaca. Anak kecil ini cekal dalam menghadapi ujian hidup, sudahlah kehilangan Ummi tercinta, adik-beradiknya serta kehilangan sebelah kakinya namun masih lagi ceria.

Ya, memang hidup ini dicipta untuk menguji kita sebagai HambaNya disamping melaksanakan tuntutan syahadah. Redha tanpa syukur tak cukup untuk kita menggambarkan kehambaan terhadapNya. Jadi, terjemahkan sifat kehambaan terhadapNya denga solat dan sabar.Tak guna hanya merintih ingin berubah tapi tidak melakukan apa-apa perkara.Sekian.

Kebenaran itu Janji Allah, Berusaha tugas kita, Syariat jadikan tujuan& Al-Quran Sunnah jadikan panduan.

Comments

  1. movi yang best..betul-betul menyentuh hati..banyak kali tengok pun x rugi.. amat terkesan di hati. masyaallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts