Bumi ini

Bumi ditarah,
hilanglah maruah,
Saat hujan merintih,
tanah merah umpama darah,
Mengalir, meratah rumah ke rumah,
Fikir fikirlah,

Guna akalmu bukan amarah.

Rahmat menjelma rezeki diterima,
Titis mu berjuta hikmah tak terkata,
Awan kelam bukan berduka,
Pelangi senja ceria menyapa.

Syair : Bumi ini
19/10/2013

Comments