Surat Untuk Sahabat.


Sahabat.
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Semoga Sihat selalu. Tujuan surat ini ditulis untuk mengimbau kembali satu persatu memori dengan rakan-rakan sekalian. Sungguh ,saat ini aku rindu kalian, walaupun kita tidak berjauhan tapi aku rasa jauh. Kita tak seperti apa yang kita janjikan.

Gambar-gambar ini buat aku sebak. Kita ketawa gembira dalam musafir tapi bila realiti di Universiti, masing-masing ada hal sendiri, ada ego masing-masing, sibuk itu ini. Janji nak tolong menolong, bantu membantu hanya janji. Tak semua yang ditepati, tak semua melunaskan janji. Aku salah seorangnya. Melihat rakan-rakan sibuk berjuang, belajar, bersuka ria mendepani realiti di tempat belajar masing-masing, kadang-kadang ada yang hanyut dengan persekitaran. Ya, anda melihat ia hanya masalah biasa tapi tidak.

Parahnya Electro hidup keseorangan dalam kota metropolitan, begitu juga payah seorang insan berhempas pulas hidup dalam realiti yang bermacam bagai. Tiada apa yang aku ingin sorok. Bila aku lihat semula gambar-gambar kita, aku sangat tersentuh. Tak tahu mana salahnya. Aku yakin ianya sementara. Senyum tawa kalian buat aku terinspirasi. Aku tak tahu apa cara terbaik untuk buat yang dijanji jadi realiti tapi aku berharap kita boleh teruskan hubungan yang bernama "Persahabatan" walau apa jua rintangan dan halangan. Hari ini, aku sedar pentingnya bersama kalian. Gelak tawa, tangis duka itu semua asam garam kehidupan.

Bak kata-kata pujangga, "Kalau nak kenali sahabat bermusafirlah." Ya, aku kenal kalian bila banyak kita berjalan mengembara tapi mengapa impaknya tidak dibawa hingga sekarang. Kenapa ianya ditinggalkan di foto-foto sahaja. Aku rasa satu akibatnya. Sangka baik. Mungkin ini yang aku alami, aku kurang bersangka baik dengan kalian. Salah aku. Aku kurang bagi ruang bahawa bukan aku sahaja yang sibuk, bukan aku sahaja yang betul. Bukan. Cukup disini sedikit coretan. Aku tahu surat ini tak akan dibaca oleh kalian kerna masing-masing punya citarasa dan tanggungjawab tersendiri. Biar. 

Sekian.
Fahmi Kashfi.


'Dream Big', ayuh kejar cita-cita kita.


Petaling Jaya. Bila lagi nak bergambar macam ni?

Banyak salah aku dengan kalian.

Masih terasa nasihat oleh Pak Su Hamid.

Langkawi. Sekali lagi jom.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.