Ahli Alkimia - Paulo Coelho.


Ahli Alkimia

Semasa dalam perjalanan pulang ke Taman Ilmu dan Budi, kenderaan bergerak perlahan menuju ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam kesesakan lalu lintas, sempat saya menghabiskan sebuah kisah yang padat dengan pengembaraan. Hasil karya Paulo Coelho, “The Alchemist”. Namun, buku yang saya miliki adalah hasil terjemahan ke dalam bahasa melayu.

Kisah seorang anak muda yang mempunyai impian yang besar, menjelajah hampir ke setiap pelusuk dunia untuk mencari ‘harta karun’ yang tersembunyi. Pengembaraan bersama jiwa dunia, cinta, mimpi dan kuasa hati berjaya membawa pembaca merasai pengalaman seorang budak yang asalnya penggembala kambing didalam pengembaraannya yang luar biasa.

Antara perkara yang paling saya ingati ialah berkaitan hati dan jiwa dunia. Keinginan hati mampu membuatkan melakukan pelbagai perkara, meskipun ianya mustahil. Apabila keinginan mengatasi segala perkara, ternyata ianya membantu kita untuk melakukan sesuatu perkara. Perihal jiwa dunia pula, saya petik satu ayat didalam novel tersebut, “Jiwa dunia ini wujud atas kebahagiaan manusia serta kesedihan, iri hati dan cemburu manusia. Untuk merealisasikan takdir seseorang adalah sesuatu kewajipannya yang sebenar. Semua perkara di dunia ini sebenranya satu.” Apa yang saya faham ialah jiwa kita, jiwa dunia dan tuhan adalah satu. Kita adalah sebahagian dari dunia dan tuhan.

Saya mencadangkan buku ini dibaca oleh semua rakan-rakan. Sekian.


“Kita terlalu takut akan kehilangan apa yang kita miliki sama ada ia merupakan nyawa kita, pekerjaan kita ataupun harta benda. Namun kebimbingan ini akan hilang jika kita memahami bahawa kisah hidup kita dan sejarah dunia yang telah ditulis oleh Pencipta yang sama.”

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.