Suatu hari...


Perjalanan ini kadangkala dipenuhi dengan pelbagai rintangan. Jarang pelangi hadir tanpa turunnya hujan, begitu juga dalam kehidupan, sudah menjadi asam garam dalam kehidupan itu sendiri merasai kesusahan.

 Hujung minggu ini saya disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang luar biasa bersama dengan teman-teman yang juga luar biasa, aktivitinya juga luar biasa bagi saya.
Seawal jam tujuh pagi, kami berhimpun di hentian bas berhadapan bangunan Kulliyyah Pendidikan. Setelah bas datang, masing-masing menaiki bas dan bas meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan. Sepanjang perjalanan, tak banyak yang dapat saya bualkan kerana saya memilih untuk duduk seorang dan hanya menghiburkan diri dengan menikmati pemandangan di luar serta mendengar celotoh juru hebah radio. Kami singgah di Bentong untuk sarapan pagi. Nyaman suasana disitu, matahari masih di lindung kabus, mata air masih belum kering. Tak tumpah dengan suasana kampung saya.

Kami teruskan perjalanan. Perasaan mengantuk mulai datang. Mungkin penangan roti canai dan teh tarik, cuaca juga sedikit sejuk, tidak hairanlah ada yang memilih untuk tidur seketika.
Gambang. Kami telah sampai ke destinasi yang ditujui. Sebuah resort berhampiran dengan taman tema air dan zoo, saya rasa ‘percutian’ kali ini lain dari kebiasannya. Jangkaan saya tepat, kami disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Bermula dengan ‘paint ball’ yang ‘pain’, seterusnya menaiki ATV, jungle tracking, flying fox yang tak menggayatkan langsung dan ‘horse ridding’.

Dihujung percutian, kami berpeluang memilih sama ada mahu ke taman tema air atau zoo, dan saya memilih zoo. Mendapat peluang melihat haiwan-haiwan yang liar dengan lebih dekat adalah sesuatu yang meyeronokkan, meskipun ramai yang tidak menyukainya.

Setelah itu, kami bersiap pulang ke kampus. Usai sampai di kampus, saya terus bergegas ke Taman Tasik Titiwangsa untuk bersama Buku Jalanan Titi. Perasmian rak buku awam menarik saya untuk ke sana meskipun sedikit keletihan.


Minggu yang padat dan menyeronokkan. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.