Air mata Jentayu.


Hari ini Jentayu menangis lagi. Sawah padinya tidak lagi berbuah dan menguning. Bangau tidak lagi hinggap dibelakang kerbau gembala. Tawa riang kanak-kanak juga tiada lagi kedengaran. Yang ada hanya jentolak rakus menyodok kedamaian, debu-debu berterbangan dibawa lori tanpa lesen dan gunung Jentayu yang masih gagah berdiri.
Watak Dato Zuri dan Dato Yadi sedikit sebanyak menunjukkan kepada kita bagaimana ahli politik bekerja. Keuntungan kepada mereka lebih diutamakan daripada kebajikan rakyat. Mereka hidup menginjak orang lain untuk berada diatas. Mereka bertanding bukan untuk menunjukkan siapa lebih berkebajikan tetapi siapa yang lebih setan.

Identiti Haji Chenon, Mak Milah, Jora dan penduduk kampung yang lain menunjukkan realiti bahawa sesuci mana pun perjuangan pasti akan dikalahkan oleh kuasa politik. Sudah banyak kisah benar yang kita dengar mengenai pencerobohan di kampung-kampung atas nama ‘kemajuan dan pembangunan’. Sayangnya kemajuan dan pembangunan itu tidak memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan rendah. Yang merasainya hanya mereka yang berada dikalangan golongan elit sahaja. Kita mungkin merasai sedikit tempias kemajuan, iaitu silau lampu-lampu dari bangunan pencakar langit dan hingar-bingar anak muda berpeleseran.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.