Assalamualaikum ! Salam Sejahtera (: semester pendek dah mula lepas ni boleh makan kat sini balik hee (: Dapat beli-belah kat sini (: Apa-apa pun, benda atas ni Tebaik ! Humm, ada lagi dua buah buku dalam Proses pembacaan Pesanan Buat Diri Meniti Jalan Suci Petikan lagu Kemarau DiHati Yang pulang pergi usahlah dirintih, doakan saja dikurnia sejahtera, apalah diratap dengan tangis keharuan, leraikan hiba pujuklah hatimu, pemergiananya iktibar buat mu, Mungkin penghayatan kita berbeza, tetapi bagi saya mesejnya ''Ingatlah Mati !" Orang yang dah pegi meninggalakan kita memang boleh diingati tapi tak perlu la nak merintih dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ia menjadi iktibar atau suatu hikmah buat kita semua. *Tade kena megena antara hidup&mati Kalau bermain boling , tentu ada matlamat nak jatuhkan semua pin. Macam tula jugak kita punya hidup, kena ada matlamat, matlamat yang mampu bawa kita kearah Redha Ilahi. Sekian (,"(.")
Semalam aku bermimpi menjadi seorang pemain bola sepak. Sememangnya menjadi pemain bola sepak sudah menjadi impian aku sejak kecil lagi. Abah juga mungkin menjadi faktor mengapa aku begitu berminat terhadap bola sepak. Aku sering mengimpikan dapat bermain bersama pasukan Hijau Kuning, mahupun pasukan kebangsaan. Sejak kecil lagi aku mengikuti perkembangan bola sepak dalam negara mahupun luar negara. Bermula dengan Piala Dunia 1998 yang dimenangi oleh Perancis, sewaktu Kedah masih di pertengahan liga Perdana, pasukan Liverpool yang dibarisi oleh Micheal Owen dan ketika itu Akmal Rizal masih lagi seorang penyerang pasukan kebangsaan. Semua masih aku ingati. Sewaktu sekolah rendah jugalah aku berjaya dipilih mewakili daerah meskipun hanya menghangatkan bangku simpanan. Dari situ aku mulai sedar, minat sahaja tidak akan membawa kita kemaa-mana. Kekecewaan aku benar-benar terserlah kerana tidak dipilih mewakili pasukan bola sepak di sekolah menengah. Mungkin saiz badan aku terlalu kecil at...
Sewaktu tulisan ini ditulis, kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana tersebarnya virus CONVID-19. Semoga kita semua di bawah lindungan-Nya. Sepanjang waktu ini, banyak aktiviti yang dapat kita lakukan seperti memasak, mengemas rumah, berkebun, menonton drama atau filem, bermain permainan video dan membaca buku. Baca Doremon pun berkerut ke dik? Semenjak Aufa lahir, entah berapa banyak buku yang sempat saya habiskan. Mujurlah pembelian buku baru juga tidak bertambah. Terdetik dalam hati saya untuk berkongsi pengalaman membaca yang bermula dari kecil. Saya bukan pembaca yang tegar. Saya hanya baca apa yang saya suka, bukan baca apa yang perlu dibaca. Sebagai contoh, saya membaca surat khabar. Namun, saya akan terus mencari bahagian sukan dan meneliti rancangan siaran televisyen. Selain itu, saya mempunyai dua orang sepupu yang gemar mengumpul komik seperti Doremon, Dragon Ball, Slam Dunk, Yu Gi Oh, Yu Yu Hakusho, Kreko dan banyak lagi. Komik yang saya ada ...
Comments
Post a Comment