Hidup ini perlumbaan? 2019 bermula dengan kesyukuran. Rezeki selalu datang dari jalan yang tidak kita sangka. Saya mula bekerja di SRITI Al-Huda Simpang Renggam. Hidup berumah tangga memang mengajar kita banyak perkara. Tolak ansur, kasih sayang, pengorbanan, komunikasi dua hala dan pelbagai lagi. Semoga tuhan kurniakan bahagia untuk kita semua. 2019 masih lagi tahun membaca dan menulis. Bacaan 2019 bermula dengan baik. Saya menghabiskan buku berkaitan beberapa tokoh pendidikan. Hasilnya adalah suntikan semangat dan motivasi untuk mula mengajar. Untuk penulisan pula, saya akan cuba bermula dari bawah semula. Menulis sekurang-kurangnya 100 perkataan sehari di buku, blog atau di mana sahaja. Membaca pula saya meletakkan target 10-20 muka surat sehari. Sebelum tahun baru tiba, isteri dan saya sempat menonton sebuah filem berdasarkan kisah benar dari Iran, The stoning Of Soraya M. Kisah seorang wanita yang di abaikan suami malah ditentang anak lelaki sendiri. Kisah seorang '...
Kereta api kenangan. Sebatang demi sebatang rokok dihisap, kereta api ke Kuala Lumpur masih belum tiba. Puntung rokok belum lagi terpadam, dia sudah menyalakan rokok yang baru. Mahu menghalau nyamuk katanya. Sepatutnya mereka akan berlepas dari Parit Buntar jam 11.23 malam namun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Stesen Parit Buntar terletak di pinggir bandar. Tempatnya jauh terperosok dari kesesakan bandar. Cahaya lampu nampak suram dari kejauhan. Dinding kayunya masih dikekalkan sejak zaman 80-an, walaupun kebanyakannya sudah mulai mereput. Bunyi cengkerik silih berganti dengan suara orang berbual di ruang menunggu. “Kata cepat dan tepat, ni dah dekat dua jam. Asap kereta api pun tak nampak lagi,” dengus seorang pak cik tua kepada anaknya. Idham tersenyum dari jauh. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Kalau kereta api pukul 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru dia sampai di stesen. Itu pun kelibat kereta api belum kelihatan. Walaupun selalu lambat, dia tetap memilih kereta api ...
Butir peluh jatuh satu-persatu. Detik jam bergerak laju dari biasaa. Di sekeliling banyak mata memerhati dengan perasaan yang pelbagai. Aku hanya tertunduk kaku. Kekok dengan persekitaran yang hingar. Peristiwa 7 tahun lalu mula bermain di pelupuk mata. Sewaktu matahari sepenggalah, hawa panas menghembus perlahan. Pokok beroleng-oleng melambai lemah. Aku duduk menghadap leteran ketua biro. Akibat terlalu bosan, habis rumput dicabut, tanah ditarah dan rakan sebelah dikutil. Bosan adalah musuh yang menggagalkan dalam senyap. Habis sahaja leteran, kami bergerak ke pelosok padang untuk tugasan lanjutan. Ketika bekerja jangan terlalu serius dan kuat mengarah-arah. Aku jadi muak dengan arahan yang bertimpa-timpa. Mujur sarapan pagi tadi menyelerakan dari leterannya. Dalam tak sedar, tugasan kami hampir selesai. Berjalan dari penjuru padang ke penjuru yang lain memakan masa yang panjang ketika matahari sudah terpacak di atas kepala. Di tengah padang, aku sempat berangan menjadi seoran...
gua baru nak feeling baca blog hang, tergelak teghuih tengok gambar~
ReplyDeletefocus Fahmi focus !