Dimana masyarakat beretika ?


Etika bagi setiap manusia berbeza-beza kerana etika berubah mengikut suasana, tempat dan keadaan. Sekiranya berlakunya perang, manusia berlari tanpa pakaiaan boleh dianggap beretika kerana terpaksa berlari dari diburu musuh atau mengambil makanan orang lain ketika perang boleh diertikan beretika jika tiada bekalan makanan. Tetapi ketika waktu aman, perkara itu berubah menjadi sesuatu yang tidak beretika. Manusia berlari tanpa seurat benang dan mengambil makanan orang lain adalah sesuatu yang boleh dianggap memalukan dan teruk dalam etika.

Etika juga berbeza-beza kerana manusia mempunyai kehendak yang tidak sama. Sifat manusia inginkan kesempuranaan dalam hidup. Jadi, mereka akan melakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan sesuatu. Manusia tak pernah puas dengan sesuatu yang mereka dapat. Setiap kali kehendak dipenuhi, pasti ada kehendak lain yang ingin dicapai. Tidak hairanlah jurang orang miskin dan orang kaya semakin membesar. Perkara ini memberi persepsi berbeza bagi setiap manusia dalam memahami makna sebenar etika.

Untuk memahami etika bagi setiap manusia yang berbeza-beza adalah sesuatu yang mustahil kerana perbincangan etika adalah sesuatu yang kompleks. Namun, kita masih boleh mencari sedikit titik persamaan dalam mendefinisikan makna etika. Dalam menilai etika seseorang, ia memerlukan suatu tempoh yang panjang dan penelitian yang jitu. Pepatah inggeris berbunyi “ Don’t judge the book by it’s cover’. Jangan sekali kita lihat dia melakukan kesilapan, terus kita menghukum tanpa mengambil kira sebab musabab dia melakukan sedemikian.­­

Selain itu, etika juga boleh dijadikan subjek wajib sejak sekolah rendah dan menengah supaya ia tidak dianggap perkara yang remeh. Perkara yang boleh diketengah dalam pembelajaran ialah perbezaan etika bagi setiap agama, negara, bangsa, masyarakat dan individu. Jika diasuh sejak dari kecil, sekurang-kurangnya mereka mendapat pendedahan awal tentang ini seperti pepatah arab berbunyi “Mencegah lebih baik dari merawat”. Dengan usaha yang sedikit ini, harapan besarnya ingin melihat perubahan yang besar dalam masyarakat supaya lebih menghormati satu sama lain didalam kehidupan masyarkat majmuk.

Saya akhiri dengan suatu contoh perbuatan sebagai persoalan untuk dibincangkan kemudian. Sebilangan orang islam selalu mengunakan perkara-perkara ibadah sebagai penyelamat diri dari sesuatu perkara. Contohnya apabila datang lewat ke sesuatu perjumpaan atau mesyuarat, mereka akan mengunakan alasan “Maaf lewat, saya solat dhuha tadi”. Adakah perkara ini dianggap beretika ?

Comments

Popular Posts