Masyarakat 'terpinggir'.


“Anak-anak yatim, fakir miskin dan Orang kelainan Upaya(OKU)”

Kewujudan insan-insan ini sering dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Umumnya mereka mendapat bantuan dari kerajaan, zakat dari jabatan agama Islam dan sumbangan dari ahli koporat, namun ianya hanya bermusim. Golongan ini dilihat mewah ketika menjelangnya bulan ramadan, banyak jemputan ke majlis berbuka puasa, sumbangan untuk menyambut syawal serta banyak lagi program-program ‘one-off’ yang dibuat.
Situasi diatas adalah sedikit gambaran yang direka-reka dan kemungkinan berlaku pada masyarakat kita. Saya melihat masyarakat kita sudah membuka mata seluas-luasnya terhadap golongan sedemikian. Semakin banyak pihak yang tidak berkepentingan turun membantu demi menunjukkan rasa tanggungjawab mereka terhadap insan-insan ini. Walaupun sesetengah pihak tidak mendapat sebarang habuan, namun masih sudi bekerja demi membantu masyarakat sekeliling.

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain”

Semangat aktivisma golongan muda haruslah disalurkan pada jalan yang sepatutnya. Idea-idea mereka diharapkan dapat memainkan peranan terhadap pembangunan masyarakat khususnya dan negara umumnya. Lambakan NGO, kelab dan persatuan menunjukkan masyarakat kita mulai serius untuk mengejar status ‘Negara Impian’. Negara Impian yang dimaksudkan ialah suatu masyarakat majmuk dibawah pimpinan yang adil dan saksama, tiada korupsi dan masyarakat yang tertindas.

Pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu usaha kerajaan untuk memastikan rakyat keluar dari kepompong kejahilan. Namun, aspek lain yang harus dilihat ialah kualiti dan hak sama rata setiap orang untuk mendapat pendidikan sepanjang hayat. Sebilangan golongan yang tercicir untuk menyambung pelajaran adalah golongan Orang Kelainanan Upaya(OKU). Kemudahan fasiliti yang tidak mesra OKU menyebabkan golongan ini memilih untuk tidak menyambung pelajaran. Mungkin kerajaan boleh menimbangkan idea untuk membina sebuah pusat pengajian tinggi khas untuk golongan OKU, autisme, disleksia atau menambah baik infrasturktur sedia ada supaya lebih mesra golongan istimewa. Selain itu, golongan miskin juga sering dinafikan hak mereka di dalam pendidikan. Hampir kesemua perkara di dunia ini mengunapakai konsep ‘money based’ , setiap perkara mestilah berasaskan wang jika tidak ia tak mungkin berlaku. Walaupun segala yuran ditanggung kerajaan, bantuan pengajian diberikan, biasiswa dihulur, namun wang masih menjadi punca sesetengah orang  untuk tidak menyambung pelajaran mereka. Saya masih menanti dan berharap idea-idea tentang pendidikan percuma untuk setiap rakyat dibincang secara serius dan dilaksanakan.

“Your’ll find your happiness when you find your purpose”


Bahagia adalah suatu yang sukar didefinisikan. Ia mungkin memberi seribu maksud kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang kebahagiaan. Begitulah juga dengan masyarakat ‘terpinggir’, pemahaman mereka tentang kebahagiaan sukar untuk didefinisikan kerana kita tidak melalui perit jerih yang melanda mereka. Hakikatnya, tidak akan wujud istilah masyarakat ‘terpinggir’ andai kita tidak melihat mereka sebagai suatu bebanan tetapi sebagai suatu tanggungjawab. Maka akan lahirlah sebuah masyrakat madani di bawah ‘Negara Impian’.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.