Surat Untuk Perempuan.



Surat-surat Perempuan Johor.
Buku yang saya pinjam dari Penulis muda, Hafizul Faiz. Sungguh. Berat nak habiskan buku ini. Menceritakan sejarah salasilah Kerajaan Johor dan hubungan erat dengan Kerajaan Turki. Menggunakan konsep surat membuatkan ia nampak lebih menarik dan unik. Ditambah dengan nilai sastera yang saya sendiri tak mampu untuk menilainya, menjadikan buku ini perlu dibaca oleh peminat-peminat satera. Gali dan kaji.

Sepanjang setengah pembacaan saya, ia menekankan lebih fungsi perempuan didalam masyarakat. Perempuan bukan hanya di dapur. Perempuan bukan hanya suri rumah sepenuh masa. Mereka juga punya hak untuk memimpin. Jadi, mereka tidak seharusnya dinafikan hak-hak mereka. Suatu ketika dahulu, perempuan tidak dibenarkan belajar. namun sekarang, seolah-olah lelaki yang tidak dibenarkan belajar kerana jika di lihat di pusat-pusat pengajian, kaum yang mendominasinya ialah PEREMPUAN.

Perempuan, kau harapan.
Perempuan, kau sandaran.
Perempuan, kau impian.

Saya berminat untuk hasilkan suatu tulisan berbentuk surat. Surat untuk adik-adik. Surat untuk Emak. Surat untuk Abah. Surat untuk Perempuan Johor. Surat untuk Semua.
Sekian.

Yang benar,
Lelaki.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.