Pendidikan: Harapan dan Impian.



Satu Program Transformasi Negara yang bermatlamat untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).


Setelah perlaksanaanya selama tiga tahun (2011-2014), ternyata sistem ini belum cukup kompeten untuk diguna pakai . Banyak kelemahan yang ketara dapat dilihat, namun ianya dipandang sepi oleh Kementerian Pelajaran atas alasan sistem ini masih baru dan perlukan penelitian serta kajian. Diantara masalah yang sering melanda ialah kelemahan sistem SPPBS itu sendiri. Bagi sekolah diluar bandar atau pendalaman, capaian jalur lebar sukar didapati. Malah, jika dibandar sekalipun guru-guru terpaksa bangun diawal pagi untuk memasukkan maklumat murid kedalam sistem. Selain itu, nisbah guru dan murid perlu dilihat semula. Mengikut laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, nisbah guru dengan murid ialah 1 : 13 atau 14. Dalam meningkatkan profesyen guru, kemasukan guru yang berkualiti diperlukan untuk megatasi masalah kekurangan guru. Ia juga dapat merapatkan jurang antara jumlah guru dan murid. Setelah PBS diperkenalkan, sistem peperiksaan bakal dikurangkan. Ia memberi sedikit kesan terhadap murid-murid kerana tidak perlu sentiasa mengulangkaji pelajaran. Mereka tidak mempunyai tekanan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan, murid-murid akan menjadi malas membaca, malas bersungguh-sungguh dan hilang persaingan sihat dikalangan murid untuk menjadi yang terbaik.


Implikasi kepada perkara yang dihadapi oleh guru membuatkan mereka berasa terbeban. Gerak kerja kurang produktif, masa banyak dihabiskan untuk merekod maklumat pelajar daripada merancang proses pembelajaran dan pengajaran serta tugas-tugas lain. Impaknya juga dirasai oleh murid disebabkan kerja guru yang bertimbun, guru-guru tidak dapat memberi fokus yang lebih kepada proses Pembelajaran dan Pengajaran. Guru-guru yang meluluskan band setiap murid kadang-kadang memberi gred atas dasar simpati bukan disebabkan kemampuan murid itu. Oleh kerana kehendak sistem untuk mengejar band, guru-guru terpaksa bertindak demikian.


Sebelum keadaan menjadi lebih keruh, pihak yang berkepentingan perlu tampil kehadapan untuk menjawab segala persoalan dan melakukan sesuatu perubahan atau penambahbaikan keatas sistem sekarang. Penilaian melalui peperiksaan dan PBS perlu diseimbangkan supaya hasil yang diidamkan dapat dikecapi. Masalah seperti kelemahan sistem, tiada capaian internet dan kekurangan fasiliti perlu diselesaikan segera kerana ia adalah perkara yang asas kepada sesebuah negara maju. Sistem yang boleh digelar sebagai sistem ‘bidan terjun’ ini perlu lebih penelitian dan dibuktikan keberkesanan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.


 Akhir sekali, masalah nisbah guru dan murid mungkin menjadi antara punca kelemahan sistem ini. Rancangan kerajaan yang ingin menaik taraf profesyen perguruan adalah satu langkah yang bijak untuk memastikan bidang ini tidak dianggap sebagai pilihan terakhir dalam pekerjaan. Diharapkan rancangan ini dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada.
Pendidikan adalah salah satu cara untuk mendefinisikan semula erti kehidupan yang sebenar. Jika pendidikan diperdagangkan seperti bahan dagangan, ianya tidak lagi menjadi suatu keperluan untuk seseorang individu. Besar harapan ingin melihat pendidikan negara setaraf dengan negara membangun yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.