Erti hidup pada ?

Tasik Taman Layang-Layang

Erti hidup pada ?
Memberi, meminta atau menerima. 

Hakikatnya kita perlu seimbangkan kesemuanya. Memberi kepada semua, menerima daripada yang lain dan meminta apabila perlu. 

Memberi. Menerima. Meminta
Suatu hari saya ajukan kepada seorang rakan tentang perihal kehidupan. Lalu beliau lontarkan pandangan melalui sudut pandangnya. Katanya erti hidup pada memberi tetapi dalam masa yang sama kita perlu menerima. 

Kamal adalah seorang aktivisma. Beliau selalu turun ke rumah orang-orang tua untuk memberi khidmat bakti. Suatu hari, beliau merasa letih dan merasa kosong dengan kerja yang dibuatnya. Walhal sebelum ini, perkara itulah yang membuatkan dia gembira.

Input dan output.
Ini yang diperkatakan oleh rakan saya. Jika kita selalu memberi output kepada orang lain sehingga terlupa untuk input kepada diri sendiri, suatu hari akan membuatkan kita berasa letih dan kosong dengan apa yang kita kerjakan. Jika kita merasakan hal sedemikian, cari suatu masa untuk tenangkan diri dan cuba seimbangkan situasi ini. 

Comments