Surat kepada bekas kekasih.

Tak beli rugi, tak baca lagi rugi.



Surat kepada bekas kekasih.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tentang satu tulisan daripada buku Alif Lam Lam Ha keluaran Dubook Press.

Surat kepada bekas kekasih tulisan saudara Asyraf Muiz Roslan, mengisahkan tentang sa-orang gagalis yang menulis surat kepada kekasehnya. Intipatinya lebih berputar sekitar persoalan cinta dan kehidupan.


Cinta adalah harapan. Membunuh cinta bererti memusnahkan harapan. Kata penulis, dosa membunuh harapan lebih besar dari membunuh fizikal atau jasad. Maksud harapan menurut Kamus Dewan Pelajar ialah sesuatu atau seseorang yang di harapkan. Harapanlah yang membuatkan kita terus memberi kepercayaan kepada seseorang dalam kehidupan. Selain itu, surat ini juga mengajar bahawa apabila gagal dalam sesuatu perkara, bukan kegagalan yang harus diratapi tetapi memaknakan kegagalan. Bagaimana ingin memaknakan kegagalan ?

Persoalan di atas mungkin terjawab apabila saudara/saudari membeli dan membaca sendiri buku terbitan krew UTAM ini. Sekian.

"Tentang harapan, samada menuju hidup atau mati- di tengahnya ada kita untuk saling memaknai."

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.