Go Green #1


Hai awak ! Tumbuh cepat ya.

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah menyertai program Buku Jalanan Shah Alam di Tasik Shah Alam. Pelbagai aktiviti yang menarik yang diadakan antaranya forum yang melibatkan wakil projek dialog dan Dr. Azhar Ibrahim, persembahan alat muzik, bedah filem kami the movie dan pelbagai jualan. Sambil menikmati keindahan Tasik Shah Alam yang terbentang luas, ditemani pengunjung yang pelbagai karenah, penganjur juga menyediakan makanan percuma untuk pengunjung yang hadir. Mujur saya tidak menemui pak cik ais krim, kalau tidak petang itu petang yang indah.

Satu perkara yang menarik minat saya ialah pemberian 'bom seed' secara percuma kepada pengunjung. Wah ! Begitu kreatif mereka mahu melaksanakan program 'Go Green' meskipun benih yang diberi hanyalah kacang bendi tetapi ianya merupakan usaha yang baik.

Antara impian yang saya senarai pendek untuk semster ini ialah memiliki pasu dan bunga di dalam bilik. Akhirnya, impian saya tercapai. Setelah seminggu, benih itu telah bercambah. Seronok perasaannya dan saya masih mencari benih pokok bunga untuk dijaga. Kalau ada khabarkan ya. 

***
Apa  anda rasa sekarang ?
Suka. Sedih. Kecewa. Letih. 
Bermesralah dengan alam. Kita semakin jauh dengan alam. Sudahlah jauh, memusnahkan pula. Menyedihkan. Mungkin ini hanya salah satu cara untuk rawat perasaan anda yang gundah gulana. Cipta hari-hari yang indah untuk orang lain kerana hidup kita bukan nafsi-nafsi tetapi jamaie. Sekian. 

Comments

Popular Posts