3 rasa. (Alam, Benar, Cinta)


Sepanjang pagi aku di pembaringan,
Mata tak lelap,
Hati yang gelap
Aku renung sebalik jendela,
Lembut sinar mentari,
Dedaun gugur dek angin dingin,
Simfoni alam seolah menyanyi,
Irama ini perlu dipeliharai.

Banyak bezanya air dan api,
Lagi berbeza hak dan batil,
Namun itu lumrah alam,
Setiap ciptaan ada pasangan,
Cari kemuafakatan semai keharmonian.
Dia salah begini,
Aku salah begitu,
Engkau salah bagaimana ?
Semua salah,
Semua cari kebenaran,
Kebenaran.

Hidup aku kau ubah,
Memaknakan hidup dengan cinta,
Aku beri harapan,
Andai tercapai harapan itu,
Tiada yang dapat aku kata,
Terkadang hati aku gundah,
Peribadi nampak gah,
Hati sebenarnya patah,
Aku pasrah,
Yang pasti aku genggam tabah,
Setiap sudah pasti ad baiknya,
Aku impi jalan bahagia,
Jalan Redha-Nya.
Moga kita bersama !

Comments