Dedikasi Untuk anak-anak Rumah kasih keramat

Dedikasi Untuk anak-anak Rumah kasih keramat



Wajah kecil itu tidak berdosa
Mengapa mereka terbiar bersendiri
Sedih hiba merenung wajahnya
Derai air mata menjawab segala.


Anak kecil itu perlu dibelai dicinta
Dikasihi disayangi sepenuh jiwa
Telah tersemat kenyataan dusta
Datangnya sekali perginya selama.


Anak sekecil itu punya jiwa
Mahu diisikan cinta padanya
Namun perlu dikeraskan jua
Tidak mahu dikata sang penumpang cinta.


Pertemuan pertama kasih tertumpah 
Ingin dipercaya bukan mudah
Perbualan pertama nampak susah
Mimpi ke langit mengharap indah.

Dia. Kasih. 4.54PM.

Comments

Popular Posts