Rintihan hati.

Aku,
Aku yang buang sampah itu,
Aku yang kotorkan tempat itu,
Aku yang buat semua itu.

Hilang rasa malu,
Hilang tanggungjawab,
Hilang jati diri, 
Peribadi.

Andai kau tahu,
Tukang cuci itu seorang ibu tua,
Tukang sapu itu seorang ayah tua,
Pegutip sampah itu dari keluarga miskin.

Kau pasti rasa hati,
merintih, 
menangis, 
menyesal.

Hargai mereka setulus hati,
Hormatilah mereka seakan keluarga sendiri,
Bantu mereka hidupkan alam ini,
Ayuh kita bina masyarakat madani.

Comments