Baca, Fikir & Bertindak.
''Banyak berfikir tapi kurang gerak kerjanya''
''Lambakan bahan bacaan namun kurang kefahaman,
Lambakan idea kefalsafahan namun kurang praktikalnya''.
Baca, fikir & Bertindak.
Ringkas dan padat. Namun sukar untuk dipraktik. Masyarakat memerlukan hasil dari buah fikiran anak muda sekarang. Idea yang dilontarkan bernas, namun pelaksanaan yang diharapkan tidak seperti dirancang. Idea tidak membumi kepada masyarakat.

Baca.
Anak muda sekarang perlu lebih bijak dalam membaca. Perluaskan bahan bacaan. Jangan hanya tertumpu dengan satu genre bahan bacaan. Ibarat menaiki tangga, bermula dengan tahap satu sebelum ketahap seterusnya agar tak tersungkur di pertengahan jalan. Selesai setiap kali membaca, idea-idea yang diperoleh sebolehnya dikongsi melalui penulisan artikel, diskusi dan lain-lain lagi. Perkongsian ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak pencerahan kepada masyarakat majmuk tentang sesuatu perkara. Bagi anak muda yang masih belum ada minat untuk membaca, biasakan diri dengan membaca keratan akhbar atau artikel yang kita minati sebelum beralih kepada pembacaan yang lebih ilmiah.
Fikir.
Berfikir merupakan suatu proses yang unik. Berfikirlah yang membezakan manusia dan haiwan. Menurut Ibnu Khaldun dalam bukunya Mukadimah, permulaan sesuatu tindakan adalah berakhirnya berfikir dan apa yang dimaksudkan berfikir adalah berakhirnya tindakan. Perkaitan antara berfikir dan bertindak sangat rapat. Ianya seakan suatu kitaran hidup, selepas berfikir kita bertindak dan selepas bertindak kita berfikir semula. Melalui berfikir juga terhasil pelbagai jenis falsafah dan melalui berfikir juga kita tercari-cari kebenaran serta keyakinan yang sebenar didalam kehidupan.
Bertindak.
Setiap buah fikiran yang diperolehi perlu dinatijahkan dengan tindakan. Masyarakat mengharapkan idea-idea anak muda dapat diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, intelektual, keagamaan dan sebagainya. Oleh itu, setiap tindakan yang dirancang perlu memberi kesan yang menyeluruh terhadap pelbagai jenis lapisan masyarakat di negara kita. Bukan hanya program yang eksklusif untuk golongan-golongan tertentu sahaja. Dalam membuat tindakan, kita tidak akan lepas dari mendepani pelbagai cabaran. Jadi pilihan diatas kita, kita berhak memilih dan bertanggungjawab keatas pilihan yang dibuat.
Dalam mendepani cabaran yang pelbagai, kita harus bergerak pantas seiring dengan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi didalam masyarakat. Jadikan pembacaan kita pembacaan yang berkualiti, berfikir secara kreatif dan kritis dan bertindak mengikut rasional bukan emosi.

Comments
Post a Comment