Posts

Showing posts from 2017

Kereta Api Malam

Image
Kereta api kenangan. Sebatang demi sebatang rokok dihisap, kereta api ke Kuala Lumpur masih belum tiba. Puntung rokok belum lagi terpadam, dia sudah menyalakan rokok yang baru. Mahu menghalau nyamuk katanya. Sepatutnya mereka akan berlepas dari Parit Buntar jam 11.23 malam namun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Stesen Parit Buntar terletak di pinggir bandar. Tempatnya jauh terperosok dari kesesakan bandar. Cahaya lampu nampak suram dari kejauhan. Dinding kayunya masih dikekalkan sejak zaman 80-an, walaupun kebanyakannya sudah mulai mereput. Bunyi cengkerik silih berganti dengan suara orang berbual di ruang menunggu. “Kata cepat dan tepat, ni dah dekat dua jam. Asap kereta api pun tak nampak lagi,” dengus seorang pak cik tua kepada anaknya. Idham tersenyum dari jauh. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Kalau kereta api pukul 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru dia sampai di stesen. Itu pun kelibat kereta api belum kelihatan. Walaupun selalu lambat, dia tetap memilih kereta api ...

Aduhai duyungku, marni !

Image
Lokasi duyung ditemui. Hujan belum reda dari tengah hari tadi. Selain bunyi rintik hujan, lagu-lagu Bruno Mars turut ke udara dari komputer riba Imran. Dia ke dapur membancuh kopi segera kerana itu yang paling mudah dan mendamaikan. Matanya tidak berkelip melihat skrin komputer. Perlahan-lahan ditiupnya kopi yang dibancuh sebentar tadi. Soalan peperiksaan akhir tahun untuk darjah satu belum siap di draf. Tarikh tempoh untuk dia menghantar draf hampir tamat. Markah LINUS masih belum di masukkan ke pangkalan data. Dunia seolah-olah terasa sempit. Imran memerlukan percutian. Sudah lama dia tidak bercuti menenangkan fikiran, merehatkan badan. Dalam kepalanya terbayang beberapa tempat peranginan. Pantai yang bersih, pengunjung dari pelbagai negara, makanan-makanan yang menyelerakan dan pelbagai tarikan lain. Imran rasa dia sudah jumpa ubat kepada segala kekalutan dunia,  Pantai Mutiara. Petang itu juga dia mengemas pakaian dan beberapa alatan keperluan di masukkan ke dalam...

Pengalaman menulis : Suatu renungan.

Idea ini di terjemah kepada tulisan setelah mendapat ilham ketika bergilir-gilir membaca Brazil, Cerpen-cerpen Patah Hati dan Lelaki yang tak punya apa-apa untuk dipersia. Waktu ini hujan turun renyai dan remang senja mulai lenyap. Sebenarnya menulis tentang sesuatu keadaan atau memperincikan sesuatu suasana membuatkan aku merasa puas ketika menulis atau membaca. Mungkin terkesan dengan cara Faisal Tehrani mengolah sesuatu tempat atau suasana sehingga kita berasa seolah-olah berada di dalam tulisan tersebut. Entri kali ini adalah perkongsian atau renungan kembali tentang pengalaman aku dalam menulis. Seperti sedia maklum, kita semua lahir dari rahim penulisan yang sama iaitu karangan “Aku sebatang pensel” atau pelbagai lagi barang. Mungkin juga ada yang tidak merasai nikmat menjadi sebatang pensel yang akhirnya di buang oleh tuannya kera kerap kali diasah sehingga tinggal sebesar jari kelingking. Bagi aku, pengalaman ini adalah pengalaman yang manis. Kita berupaya menulis sesuatu di...

Lutfi dan Red Omnibus.

Image
Gambar diatas ialah van Volkswagen bukan Red Omnibus. Daripada jauh sudah kedengaran sayup-sayup suara azan. Lutfi mengalih kedudukan badannya. Selimut birunya ditarik sampai menutup kepala. Mak Salmah masak benar dengan perangai anaknya. Lagi nyaring azan dilaungkan, lagi liat anaknya hendak bangun. Anak tunggal Pak Selamat dan Mak Salmah ini kebiasaannya menolong ayahnya membuka kedai kopi, menjerang air panas, menyapu sampah di sekeliling kedai, menunggu lori ais datang, menggoreng telur mata dan mengangkat lauk-pauk yang dimasak emaknya ke kedai. Kedai Pak Selamat berseberangan dengan rumahnya sahaja. Kedai yang telah berusia 10 tahun itu hanya beratapkan zink-zink lama, dindingnya pula dari kayu yang sudah dimamah usia. Seawal subuh lagi akan ada penduduk kampung yang datang menghantar kuih untuk dijual di situ. Seusai solat subuh, maka berduyunlah datang jemaah masjid yang subuhnya hanya dua kerat. Roti canai, bihun goreng telur mata bergoyang, kuih-muih, dan lauk-pauk jadi ...

Kedai buku di pinggir kota.

Image
Cahaya menyusup di sebuah bangunan. “Su, saya rasa hubungan kita cukup sampai disini.” Hujan lebat di luar. Sekali-sekala kilat sabung-menyabung memancarkan cahaya putihnya. Iskandar masih duduk di kerusinya menghadap komputer riba sambil menyiapkan perenggan akhir cerpennya. Petang itu dirasakan begitu panjang. Kebiasaannya dia akan turun bermain bersama rakan-rakan atau berjoging mengelilingi kolejnya. Tidak hairanlah badannya seperti seorang ahli sukan. Bertubuh sasa, sedikit kumis dan sepasang mata yang redup. Selain bersukan, Iskandar juga seorang ulat buku dan sangat meminati tekstur teh tarik. Jadi, masa lapangnya akan dihabiskan bersama buku, secawan teh tarik dan menulis cerpen atau puisi. Dia kembali fokus menatap skrin komputer ribanya. Sisa-sisa cerpen itu perlu di noktahkan. Dalam fikirannya, Suraya perlu menerima balasan yang setimpal. *** Esak tangisnya jelas kedengaran. Begnya dicampak jauh. Habis terkeluar segala isinya. Suraya menyesal dengan perbuatanny...

Ipoh : Suatu nafas baru. (Bahagian dua)

Image
Sewaktu pos ini ditulis, hujan turun lebat dan kilat sabung menyabung sama seperti hari aku menuju ke Ipoh. Sebelum itu, aku sempat singgah di Kota Kata, mencari buku-buku baru dan menikmati muzik di penghujung senja. Sudahnya kami bergerak ke Kuala Lumpur Sentral dengan perut yang belum terisi. Aku lantas bergegas membeli makanan segera, KFC untuk dijadikan alas perut sewaktu perjalanan nanti. Sewaktu memesan makanan, ada seorang buta yang turut beratur untuk membeli KFC. Aku lihat dikeluarkannya wang yang bergulung-gulung, mungkin hasil dari pemberian orang lain. Mudah sungguh hati aku tersentuh dengan hal-hal yang sedemikian. Melihat seorang tua bekerja di bawah panas terik, pak cik teksi yang di penghujung usia dan rakan-rakan yang seangkatan usia dengan mereka, Semoga tuhan beri ganjaran yang setimpal dengan kerja mereka. Usai menaiki ETS, perkara pertama yang kami lakukan ialah menjamah makanan yang dibeli dahulu. Perut sudah lama menyanyikan keroncong kelaparan. Sepanjang p...

Tak ada idea bila aku masuk Islam : Sebuah perjalanan.

Sejujurnya, aku tak pernah mempunyai kawan dari kaum yang lain seperti Cina dan India. Kalau ada pun hanyalah pak cik India yang selalu menggunting rambut aku atau Uncle Cina yang selalu singgah untuk minum di kedai. Pernah sewaktu sekolah rendah, aku menghadiri sebuah kem yang menghimpunkan pelajar dari daerah Kulim-Bandar Baru. Ketika itu, baru aku temui sebilangan pelajar India dan mereka duduk berkelompok. Ketika pembahagian kumpulan, kelompok mereka dipisahkan dan aku di masukkan dalam kumpulan 9 (siapa lagi ahli kumpulan woi?) yang ahlinya semua berbangsa melayu. Hilang rezeki berkawan dengan bangsa lain. Anekdot ini dibaca sepanjang perjalanan pulang ke daerah Ilmu, Gombak. Ketika senja hampir berlabuh, hadir satu perenggan yang begitu menyentuh hati, "Kita berasakan kuat sebelum menghadapai sesuatu ujian." Terus aku tutup buku dan termenung panjang sambil corong radio memainkan lagu-lagu patah semangat. Tidak banyak yang boleh aku ulas tentang gaya penulisannya ...

Retro Bola Sepak : Semangat yang hilang.

Image
Aku selalu membayangkan dapat bermain untuk pasukan Kebangsaan atau paling kurang bermain untuk pasukan Negeri Kedah. Mungkin sudah terlewat untuk aku betul-betul merealisasikan impian ini. Mungkin, kuasa tuhan siapa tahu. Sepanjang pembacaan, buku ini banyak memberi fakta baru kepada aku. Asal usul jenama Puma dan Adidas, kontrovesi dalam Piala Dunia, kisah Mokhtar Dahari dan skuad Kebangsaan serta lain-lain lagi. Sesuai dengan nama buku tersebut, hampir keseluruhan faktanya  bersifat retro. Mungkin bagi mereka yang telah lama mengikuti laman FB Retro Bola Sepak fakta itu telah lama di baca. Tidak bagi aku. Perkara yang paling menggamit memori aku ialah ketika penulis menceritakan tentang perlawanan persahabatan antara Brazil dan Malaysia pada tahun 2002. Seingat aku, NTV7 ada menyiarkan siaran langsung perlawanan tersebut. Ketika itu, rangkaian NTV7 masih belum meluas. Rumah aku sendiri belum ada siaran NTV7. Mujur ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke kampung. Dapatlah ...

Ipoh : Suatu nafas baru. (Bahagian satu)

Sebetulnya, sudah lama aku menginginkan sebuah percutian ditengah-tengah kesibukan. Menilai semula percutian ke Pulau Pinang suatu ketika dahulu, terlalu banyak ruang kosong yang tak terisi dengan sebaiknya. Mungkin destinasi seterusnya perlu dimanfaatkan dengan lebih baik. Rancangan yang di buat hanya ala kadar. Awalnya berniat untuk ke Ipoh, sesudah itu aku terus mencari tiket ke sana. dalam masa yang sama, aku mencari rakan lain untuk dijadikan teman perjalanan. Teman perjalanan sangat penting. Merekalah yang selalu mengingatkan kita, umumnya di dalam urusan perjalanan dan khususnya telatah, gelagat dan kata-kata mereka sering aku kutip untuk di jadikan idea untuk tujuan yang lain. Setelah cukup kuorum dan tiket pun sudah di beli. Hanya tiga rakan yang mengikuti perjalanan kali ini. Aku mahu namakannya “Perjalanan Seni” namun makamnya masih belum sampai. Maka bermulalah sebuah pengembaraan tak berlagu namun berirama yang mampu memberi nafas baru buat jiwa-jiwa yang ketandusan makna...

2017 bermula.

Image
Kuala Lumpur di waktu malam sudah aku tahu. Akhirnya, tulisan pertama untuk tahun 2017. Hampir dua bulan tidak menulis apa-apa secara serius ataupun tidak yang ada hanya buah fikiran di twitter. Menginjak ke tahun yang baru mengajar aku untuk memulakan sebuah lagi perjalanan ke arah yang lebih baik. Kita manusia tak pernah lepas dari berharap untuk menjadi lebih baik dari diri kita sekarang. Namun begitu, terlalu banyak gangguan mahupun harapan kita hanya hangat-hangat tahi ayam. Kehidupan tak banyak berubah, yang berubah adalah cara kita memandang kehidupan. Tidak dapat disangkal lagi hasil pembacaan, filem yang di tonton serta rakan-rakan sekeliling yang mempengaruhi cara kita memandang kehidupan. Untuk hari-hari yang mendatang, semoga masa lalu tak berkuasa membunuh mimpi-mimpi dan harapan kita. Di permulaan tahun lagi aku sudah dihimpit dengan beberapa pilihan pembacaan. Antara menyelami nurani Salina, memberontak seperti Larasati, menikmati Hujan Pagi atau meneruskan te...