Bermaknakah perubahan ?

"Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari."

 Memang benarlah pepatah yang sering kita dengari sejak zaman berzaman. Di saat kajian meteorologi menjangkakan fenomena El Nino akan berlaku, namun terdapat beberapa kawasan yang di landa hujan. Mungkin satu petunjuk bahawa ciptaan manusia kadang kala ada cacat cela dan tidak dapat lari dari kesilapan. Andai setiap individu memaknakan hidup mereka untuk orang lain nescaya kes remaja OKU yang ditemui dikurung ini mungkin tidak berlaku. Jika masyarakat sekeliling mengambil berat perihal jiran tetangga, ianya dapat dielak. Apabila sudah berlaku, mulalah menyalahkan pelbagai pihak. Ternyata tindakan ini salah namun bukan kesalahan yang perlu dibincangkan tetapi cara mengatasinya. Kita terlalu berpegang kepada falsafah 'jaga tepi kain sendiri' sehingga tidak mengambil endah tentang masyarakat sekeliling. Tidak salah jika mengambil tahu perihal masyarakat sekeliling tetapi biar ada batasnya. 'Jika' yang digunakan adalah suatu harapan kepada golongan muda sekarang, ianya sebagai suatu galakan untuk golongan muda merealisasikan segala idea-idea yang dilontarkan oleh masyarakat sekarang. Jika kita ingin hidup dalam masyarakat yang aman damai, golongan muda sekaranglah yang perlu memulakan apa yang ingin diimpikan. 

Suatu perubahan tidak akan berlaku tanpa apa-apa tindakan. Saya berasakan gelombang perubahan yang positif telah dibawa oleh golongan muda. Lambakan program-program pencerahan, wacana ilmu, Buku Jalanan dan sebagainya, membuktikan kita benar-benar serius menginginkan satu suasana yang kondusif untuk negara pada masa hadapan. 

 “Sesiapa yang menguasai dirinya, dia akan dapat mencapai tujuan dan matlamat kehidupannya.” Kata-kata yang saya petik dari tulisan saudara Marwan Bukhari. Sebenarnya, banyak perkara yang sering kita terlepas pandang semasa menilai sesuatu isu, antaranya ialah memberi tanggapan buruk dan tuduhan melulu tanpa usul periksa. Itu mencerminkan sikap kita yang kurang rasional dalam situasi tersebut. Kita mudah melenting apabila sesuatu isu hangat diperkatakan kerana ianya mungkin menggugat kepentingan peribadi. Hal yang demikian, seseorang individu perlu bertindak bijak dalam mendepani isu. Tidak berat sebelah kepada satu pihak, kajian yang teliti, mengambil maklumat dari setiap sumber serta pelbagai lagi cara yang boleh diusahakan dalam mencari kesahihan isu tersebut. Mungkin kaedah ini mengambil masa yang panjang tetapi natijahnya mampu memuaskan hati semua pihak.

 Jadi ada benarnya, “Sesiapa yang menguasai dirinya, dia akan dapat mencapai tujuan dan matlamat kehidupannya.” Maknakan Ramadan Bulan yang dinanti-nanti oleh umat islam seluruh dunia telah muncul kembali, Ramadan. Umat islam berlumba-lumba membuat kebaikan, mengejar ganjaran yang dilipat gandakan. Suatu bulan yang istimewa untuk kita kembali mencari erti sesuatu nilai dalam kehidupan. Nilai manusiawi wujud kerana manusia fitrah asalnya ialah kebaikan. Disaat ini, carilah masa kenali diri sendiri dan maknakan ramadan anda dengan memaknakan kehidupan insan lain yang kurang bernasib baik.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.