Ibrah Tragedi Taif.

"Berkatalah Malaikat kepada mu, Mohonlah dari tuhanmu, agar bisa ditimpakan mereka gunung sebagai balasan.
 Lantas kau menadah kedua tangan, bermunajat dengan penuh harapan, agar diberi hidayah dan keampunan bukanlah azab siksaan."

  Kita sering mendengar kisah Nabi pergi ke Taif untuk menyebarkan dakwah kepada penduduk Taif ditemani oleh Zaid bin Harithah. Namun, hasrat Nabi ditolak mentah-mentah oleh Ketua dari Bani Thaqif. Sudahlah hasrat dakwah Nabi ditolak, Nabi juga dibaling batu oleh kanak-kanak sehingga Baginda tercedera, ayat yang selalu saya dengar "hingga berkocak darah dicapal Baginda." Malaikat Jibrail datang kepada Rasulullah dan memberi pilihan untuk menterbalikan gunung kearah kota Taif tersebut. Memang benarlah Baginda dikatakan insan yang lemah lembut dan berkasih sayang. Baginda memilih untuk berdoa supaya mereka diberi hidayah dan keampunan. Begitu mulianya sifat Rasulullah.

Dendam VS Kasih Sayang

"Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas"

 Satu pepatah melayu yang memberi dua sisi makna yang berbeza, dari sudut positif dan negatif. Apa yang sering saya fahami maknanya ialah dari sisi negatif, apabila kita ditertawakan atau apabila seseorang melakukan sesuatu yang membuat kita marah, kita memilih untuk menyimpan dendam dan membalasnya semula. Bila kita diketawakan, kita berdendam dan berhasrat untuk melakukannya kepada individu itu atau orang lain. Ini berbeza dengan apa yang cuba ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, iaitu memaafkan. Perkara ini yang gagal kita contohi walaupun ianya kedengaran mudah, hanya melafazkan maaf tetapi masih tersimpan didalam hati dendam. Kita berbicara perkara yang bersifat rohaniah, ia sesuatu yang berbeza mengikut perspektif masing-masing. Usaha kita sehabis baik untuk cuba melenyapkan perasaan dendam kesumat dari menguasai diri kita.

Insan jiwa manusia.

"What's goes around come around"

 Apa yang kamu buat, kamu akan dapat semula. Ini adalah suatu kata-kata yang mencerminkan kitaran kehidupan kita. Setiap perilaku baik kita akan dibalas dengan kebaikan dan setiap perilaku buruk kita akan dibalas dengan keburukan. Al-Quran terlebih dahulu membuat seruan didalam surah Al-Zalzalah ;

 "Sesiapa yang melakukan sekecil-kecil kebaikan, ia akan dihitung dan sesiapa yang melakukan sekecil-kecil kejahatan, ia akan dihitung."

Berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan dan sebarkan idea-idea untuk membuatkan penduduk bumi hidup dengan jiwa manusiawi. Menjadikan manusia mampu membuat keputusan dengan rasional dan bertindak sebagai seorang yang berjiwa manusia. Saya menyokong usaha-usaha yang mendorong manusia menjadi seorang yang benar-benar berjiwa manusia seperti Akademi Manusiawi yang bermatlamatkan untuk melahirkan insan reformis yang mempunyai pengetahuan asas yang holistik dari segi pengetahuan politik, institusi demokrasi, kemahiran perlembagaan, penguasaan teori keadilan, menjiwai perjuangan, pemahaman ekonomi, isu-isu pendidikan dan mempunyai sahsiah yang baik. Saya berharap idea-idea ini mampu merealitikan masyarakat madani yang diuar-uarkan.

Comments

Popular Posts